Pelakon, Zarina Anjoulie baru-baru ini tampil berkongsi pandangan dan pengalaman peribadinya mengenai individu yang mempunyai sifat narsistik.
Artikel Berkaitan: Memahami Narcissistic Personality Disorder (NPD) & Kesan Terhadap Kehidupan Seharian
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Mati Sebagai Narsistik, Golongan Ini Banyak Dalam Neraka’ – Da’i Izzhar
Anju kongsi pengalaman
Menerusi hantaran di TikTok miliknya, Zarina menegaskan agar orang ramai tidak mudah menghukum atau menyebelahi mana-mana pihak hanya berdasarkan luaran yang kelihatan ‘baik’.
Seseorang narsistik ni, dia nampak sangat charming, baik. Depan luar orang tak akan tahu pun dia macam mana.
Dekat luar, depan orang ramai, mereka paling terbaik. Paling suka tolong orang, paling disayangi orang.
Depan orang, alim ulama bukan main. Dekat belakang, kaki pukul. Kalau orang minta tolong, bukan main gila b*** tolong, tapi dekat rumah kedekut, tak nak bagi duit belanja dapur.
Ujar Zarina lagi, pengalamannya sendiri berhadapan dengan individu sebegini mengajarnya bahawa apa yang dipaparkan di khalayak adalah jauh berbeza dengan realiti sebenar.
Narsistik ni, they are emotional manipulators. Bila cakap dekat orang, orang tak percaya.
Diorang dengan orang lain sanggup bergadai nyawa tapi sakiti isteri dan anak-anak sendiri.
Sebab tu tolong lah, jangan cakap ‘oh orang tu nampak baik, tak nampak macam tu’.
Kau ke kahwin dengan dia? Kau ke tidur sebantal dengan dia? Tak. Jadi tak payah nak sibuk masuk campur hal orang.
The best way adalah jauhkan diri dan just walk away.
Zarina Anjoulie berharap agar perkongsiannya ini dapat membuka mata masyarakat, terutamanya wanita, agar lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan ‘wayang’ yang ditunjukkan oleh individu tertentu.
Dalam pada itu, Zarina menegaskan bahawa perkongsian tersebut hanyalah berdasarkan pengalaman peribadi yang pernah dilaluinya sendiri dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kemelut rumah tangga pasangan selebriti yang sedang tular ketika ini.
Sumber: TikTok Zarina Anjoulie
The post [VIDEO] ‘Individu Narsistik Pandai Manipulasi Emosi, Luar Nampak Baik Tapi Di Belakang Lain’ – Zarina Anjoulie first appeared on OHBULAN!.





