Penyanyi rap dan ahli kumpulan popular Korea Selatan, Winner iaitu Song Mino dilaporkan telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.
Terlibat kemalangan semasa menaiki teksi

Memetik laporan beberapa media Korea Selatan, kemalangan tersebut berlaku pada 14 Jun lalu ketika Mino atau nama lengkapnya Song Min-ho sedang menaiki teksi berhampiran Stesen Dapsimni di Yongdap-dong, Seongdong-gu, Seoul.
Difahamkan, kemalangan yang menimpa penyanyi itu tidaklah begitu serius namun dia tetap dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut.
Selepas berita kemalangan tersebut tersebar, para peminat mula meluahkan rasa risau dan berharap kesihatan idola kesayangan mereka berada dalam keadaan baik.
Beberapa kelab peminat Winner turut berkongsi perkembangan terkini mengenai situasi Mino.
Winner Song Minho dilaporkan ke hospital selepas kemalangan pada 14 Jun. Bukan kemalangan besar tapi dia tetap ambil langkah berjaga-jaga.
Pada Mac 2023, Mino memulakan khidmat tentera sebagai pekerja perkhidmatan sosial dan telah diberhentikan pada 23 Disember 2023. Namun begitu, sebelum tarikh pelepasan tersebut, Mino berdepan dakwaan tidak hadir bertugas dan tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
Pihak Pentadbiran Tenaga Kerja Ketenteraan telah meminta siasatan polis dijalankan. Akibatnya, Mino telah didakwa dan pihak polis kemudiannya merujuk kes tersebut kepada Pejabat Pendakwa Raya Daerah Barat Seoul pada 22 Mei tanpa penahanan.
Semasa disoal siasat, penyanyi ini mengaku telah meninggalkan tempat tugasnya semasa waktu bekerja.
Sementara itu, WINNER dijadualkan mengadakan konsert solo pada 26 dan 27 Julai di Dewan Olimpik, Taman Olimpik Seoul. Bagaimanapun, Mino tidak menyertai konsert itu dan persembahan akan diteruskan dengan tiga ahli kumpulan Kang Seung Yoon, Kim Jin Woo dan Lee Seung Hoon.
Untuk info, Song Mino mula dikenali selepas menyertai agensi YG Entertainment dan memulakan debut bersama kumpulan WINNER pada tahun 2014 menerusi program realiti WIN: Who Is Next. Selain aktif bersama kumpulan, Mino turut bergelar penyanyi solo dan rapper.
Namanya semakin menyerlah selepas menyertai program Show Me the Money 4 dan menjadi naib juara, di mana lagunya berjudul Fear menjadi antara yang paling laris dalam sejarah rancangan tersebut.
Pada tahun 2018, Mino melancarkan album solo pertamanya bertajuk XX, dengan lagu utama yang mencuri perhatian ramai.
Selain muzik, Mino juga aktif dalam dunia hiburan sebagai ahli tetap rancangan variety popular seperti New Journey to the West, Kang’s Kitchen, serta pernah menjadi juri rancangan realiti Sing Again.
Sumber: Allkpop
The post Song Mino Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya, Peminat Luah Rasa Bimbang first appeared on OHBULAN!.





