24.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Eddie Hamid Syukur Eda Ezrin Dibebaskan – ‘Doa Saya Ketika Umrah Dimakbulkan Allah SWT’

    Shopee Sale

    Komposer lagu Bea Sobar Bea, Eddie Hamid meluahkan rasa syukur apabila penyanyi lagu tersebut, Eda Ezrin telah dibebaskan.

    Artikel Berkaitan: ‘Eda Ezrin Semakin Kurus, Selalu Merintih’ – Bapa

    Artikel Berkaitan: Jaa Suzuran Harap Kes Abang & Eda Ezrin Segera Selesai, Tak Sabar Terima Khabar Gembira – ‘Raya Keluarga Pergi Melawat, Mereka Sihat’

    Doa di Makkah

    Menurut pemilik nama Abdul Hamid Adenan itu, dia mendapat berita tentang perkara tersebut kira-kira jam 3 petang pada Rabu.

    Perasaan saya bersyukur dan gembira sebab akhirnya Eda dibebaskan hari ini.

    Mulanya saya hubungi bapa Eda untuk tanya detail waktu sebenar Eda akan dibebaskan tapi ketika itu dia belum tahu secara terperinci. 

    Selepas itu saya dapat mesej dari seorang rakan beritahu Eda akan dibebaskan pada jam 5 petang ini (Rabu). Keluarga Eda semua menantinya di Rantau Panjang, Kelantan. 

    Difahamkan selain Eda, suaminya serta empat rakan mereka yang lain turut dibebaskan.

    Komposer berusia 68 tahun itu berkata, kenduri kesyukuran mungkin akan dilaksnakan pada Jumaat atau Sabtu dan dia akan cuba menghadirkan diri.

    Bapanya pun ada beritahu sebelum ini yang mereka akan buat kenduri kesyukuran apabila Eda dan suaminya selamat pulang.

    Sepatutnya 1 Ogos lalu saya akan balik Kelantan untuk menunggu kerana ada ura-ura Eda akan bebas tapi dibatalkan pada saat-saat akhir sebab ada perkara yang tak dapat dielakkan.

    Yang penting semasa pergi umrah pada April lalu, saya berdoa agar Eda dibebaskan dan kini ia dimakbulkan Allah. 

    Itu doa saya yang paling utama pada ketika itu. Buat waktu ini saya nak berpesan kepada Eda agar bertenang dahulu. Dah bebas itu satu rahmat besar.

    Peluang kedua

    Tambah Eddie, pembebasan tersebut adalah peluang kedua untuk Eda meskipun ada yang menjangkakan penyanyi itu tidak akan dibebaskan.

    Yang kes terbaru ini pun ceritanya akan ditahan 10 hingga 15 tahun. Jadi saya risau juga dengar. Tapi bila Eda bebas maksudnya satu rahmat besar. 

    Tuhan dah bagi peluang kedua untuk dia balik kepada keluarga. Soal samada dia nak menyanyi atau tak, itu perkara lain. Biarlah Eda rileks dulu, tak pergi mana-mana. 

    Jangan berseronok dulu. Habiskan masa dengan keluarga. Dah sembilan bulan meringkuk dalam lokap. Mungkin dia boleh pergi ke Makkah dulu contohnya.

    Dalam pada itu, Eddie memaklumkan bahawa Eda tidak tahu lagu Bea Sobar Bea tercalon dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun ini. 

    Dia tak tahu benda ini. Jika dia ada, bolehlah dia join sekali, itupun kalau menang. Tapi itu terpulang pada dia juga. 

    Cuma jika dia hadir sebagai calon itu cantiklah sebab kita tak jangka pun Eda akan tercalon.

    Terdahulu, Eda atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin dibebaskan hari ini selepas ditahan di Penjara Pusat Penjara Pusat Narathiwat, Thailand.

    MENARIK:  [VIDEO] Shaniena Natasya Perjelas Sebab Anak Tiri Panggil ‘Auntie’ – ‘Cuba Bayangkan Kalau Kita Di Tempat Ibu Kandungnya’

    Sebelum itu, Eda bersama suami dan empat yang lain sebelum ini ditahan atas dakwaan memiliki 6,059 pil Yaba pada 1 November lalu.

    Mereka kemudian dibebaskan daripada pertuduhan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat pada 6 Mac lalu.

    The post Eddie Hamid Syukur Eda Ezrin Dibebaskan – ‘Doa Saya Ketika Umrah Dimakbulkan Allah SWT’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah