Pelakon Ika Nabella berkongsi caranya memilih pembantu rumah selepas beberapa kali gagal menemui yang mengikut kriterianya.
Artikel Berkaitan: Sakit Sampai Terguling, Ika Nabella Kongsi Pernah Pitam Akibat PMS – ‘Ada Kata Hilang Selepas Bersalin’
Artikel Berkaitan: Ika Nabella Kongsi Refleksi Diri, Utamakan Hubungan Berkualiti & Ketenangan Emosi
Pembantu rumah
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap tindakan pembantu rumahnya yang dianggap melampau.
Pada hantaran yang sama, individu terbabit turut memuat naik tangkap layar (screenshot) perbualan bersama pembantu rumah yang didakwa mengadu tidak diberikan makanan yang mencukupi.
Dah berlemak sangat ni. Aku bibik ke dia bibik?
Kau boleh masak, bahan mentah banyak. Baru kerja 10 bulan, dah meminta naik gaji.
Tolong nasihat sikit spesis manusia tak bersyukur ini. Elok aku tularkan kau supaya majikan lain tak terpedaya orang macam kau.
Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian Ika atau nama penuhnya Ika Nabila Abdul Rahim yang meletakkan syarat awal kepada agen sebelum memilih pembantu rumah.
Pembantu rumah yang keempat baru dapat yang elok. Alhamdulillah. Saya kongsi syarat dan kriteria siap-siap pada agen.
Solat lima waktu dan dhuha serta mengaji setiap malam. Buka tudung hanya dalam bilik dia sahaja.
Saya akan pastikan dia tak berpura-pura sebab saya percaya kalau dia jaga bab agama, bab lain dia jaga juga.
Selain itu, pelakon berusia 36 tahun itu turut mengakui tidak berkira malah menyediakan pelbagai kemudahan bagi memudahkan urusan kerja pembantu rumahnya.
Telefon hanya untuk call. Bukan telefon pintar. Panggilan video bersama keluarga hanya sekali seminggu.
Saya garang tapi tak pernah berkira. Perubatan swasta, saya belikan emas, suami belikan tanah untuk dia.
Sumber: Threads @ikanabella
The post ‘Solat Lima Waktu & Dhuha Serta Mengaji Setiap Malam’ – Ika Nabella Tegas Pilih Pembantu Rumah first appeared on OHBULAN!.





