27.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    “Keranamu Malaysia”: Video Muzik Baru Grab Sempena Merdeka

    Shopee Sale

    Hari Kebangsaan dah dekat dan tahun ni Grab Malaysia keluarkan sesuatu yang cukup menyentuh hati. Video muzik baharu mereka, bertajuk “Keranamu Malaysia”, dilancarkan pada 24 Ogos 2025 sebagai penghargaan kepada warganegara yang sudah membantu membentuk dan memacu platform ini untuk manfaat semua.

    Grab bukan sekadar disambut baik oleh rakyat tetapi mereka juga aktif menyemai nilai perpaduan, inovasi dan semangat kekitaan dalam setiap usaha.

    Melalui video ini, Grab mengetengahkan beberapa ciri dalam aplikasinya seperti Family Account, Group Order dan GrabMaps, yang direka khas untuk memenuhi keperluan gaya hidup rakyat Malaysia hari ini. Sokongan daripada rakan seinduk seperti GXBank dan Jaya Grocer turut memperkukuh misi Grab untuk menjadi platform yang inklusif, mudah diakses dan relevan dengan kehendak masyarakat pelbagai lapisan.

    Menurut Ko Li Ping, Ketua Pemasaran Grab Malaysia:

    “‘Keranamu Malaysia’ merupakan satu penghargaan buat rakyat Malaysia yang luar biasa, yang telah membentuk dan menggerakkan Grab sehingga ke tahap ini. Video muzik ini adalah cara kami menghargai semangat serta sumbangan harian mereka yang terus memacu Malaysia ke hadapan. Sorotan diberikan kepada insan-insan di sebalik inovasi yang anda lihat di Grab: rakan-pemandu dan rakan-penghantar kami, serta pasukan berbakat yang memetakan jalan, membangunkan dan menyesuaikan ciri-ciri teknologi Grab agar platform ini berfungsi untuk semua, “

    Sambil merayakan Hari Kebangsaan, Grab turut perluas usaha mereka dengan kerjasama bersama Tourism Malaysia untuk promosikan pelancongan dalaman, termasuk persiapan kempen Visit Malaysia 2026.

    Sempena Hari Kebangsaan, pengguna juga berpeluang menikmati tawaran menarik dan promosi eksklusif dari Grab seperti diskaun jenama tempatan sehinggalah ke tawaran penjimatan bagi juadah istimewa Malaysia yang dihantar terus ke pintu rumah korang.

    Grab memudahkan semua orang untuk meraikan serta menikmati yang terbaik daripada Malaysia pada musim Hari Kebangsaan ini.

    Tahun ini, Grab mengetengahkan penyertaan rakan-pemandu, rakan-penghantar, serta warga kerja Grab Malaysia, GXBank dan Jaya Grocer — simbol kepada komuniti dinamik yang menjadi tulang belakang platform ini.

    Penyertaan Grab dalam perarakan ini memberi penghargaan kepada individu-individu yang memainkan peranan penting dalam kejayaan ekosistem Grab daripada rakan-rakan di jalan raya yang berdedikasi, hinggalah pasukan teknologi yang sentiasa berinovasi demi memenuhi keperluan rakyat Malaysia.

    Menambahkan lagi kemeriahan, Grab Malaysia akan menampilkan reruai istimewa sempena perarakan di Putrajaya, yang menjanjikan pelbagai aktiviti menarik buat para pengunjung. Antaranya termasuk cabutan bertuah, pemberian barangan eksklusif percuma, dan baucar istimewa – semuanya demi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan 2025.

    The post “Keranamu Malaysia”: Video Muzik Baru Grab Sempena Merdeka first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah