27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Siti Nurhaliza Berkongsi Pengalaman Merekam Lagu “Air Mata Syawal” – ‘Walaupun Sedang Selesema, Suara Sengau, Tetapi Pak Ngah Kata Perlu Mengikut Mood’

    Shopee Sale



    Siti Nurhaliza

    Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan tahap kesihatannya tidak berada dalam keadaan baik ketika merakam lagu hari raya berjudul ‘Air Mata Syawal’ yang dilancarkan pada 2003.

    Tidak sihat, suara sengau

    Siti Nurhaliza

    Menurut Siti, ketika itu dia sedang mengalami selesema sehingga menyebabkabn suaranya sedikit sengau.

    Meskipun tidak sihat, Siti berkata pencipta lagu tersebut iaitu Allayarham Pak Ngah memuji nyanyianya kerana sesuai dengan ‘mood’ lagu ‘Air Mata Syawal’.

    Cerita fasa lagu Air Mata Syawal, masa rakam saya tengah selsema. Memang suara tengah sengau dan kebetulan kena lagu yang mood sedih.

    Pak Ngah pun suka, sebab mood sedih itu kena. Kalau saya tengok semua muzik video pun akan rasa sedih sebab ada gambar arwah ayah dalam muzik video.

    Siti berkongsi mengenai perkara itu ketika menjadi tetamu dalam program podcast Kool 101.

    Dalam masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata lagu tersebut ditujukan khas buat mereka yang tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk menyambut Lebaran.

    Lagu Air Mata Syawal itu memang lagu sedih, sebab dalam banyak-banyak lagu raya yang meriah mesti kena ada satu lagu yang sedih.

    Bukan semua orang dapat pulang ke kampung untuk beraya, jadi untuk mereka yang tidak balik lagu ini untuk anda.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Buat Masa Sekarang Suami Syasya Tak Bekerja’ – Rozie Othman

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah