28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Belikan Dia Kereta Sebagai Hadiah’ – Anak Madammu Raih 8A 1B+ Dalam SPM

    Shopee Sale

    Usahawan dan personaliti media terkenal, Madammu, mendedahkan bahawa dia sememangnya telah menjangkakan anaknya, iaitu Zahara akan meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    Artikel Berkaitan: Anak Linda Rafar Peroleh ‘Straight A’ SPM

    MENARIK:  Nazim Othman Tak Sengaja Tercucuk Mata Nia Atasha, Rasa Bersalah Sampai ‘Anxiety’ – ‘Penggambaran Dihentikan Seketika’

    Artikel Berkaitan: Alyssa Dezek Raih ‘Straight A’ SPM 2025, Buktikan Kejayaan Akademik & Kerjaya Seni

    Belum ada lesen memandu

    " data-video-id="7623295499130408213" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @noir_syera.n0035597

    #madammunoir #swtripeptide #nmnsupplement #nmnnoir #NMNEnhanced

    ♬ original sound – NOIR_SYERA – NOIR_SYERA

    Menerusi satu perkongsian video di TikTok, Madammu atau nama penuhnya Eriyca Baiduri dilihat menghadiahkan sebuah kereta jenis Mini Cooper sebagai ganjaran atas usaha anaknya memperoleh keputusan cemerlang tersebut.

    Menurutnya, meskipun hadiah tersebut telah dibeli lebih awal, Zahara masih belum memiliki lesen memandu serta belum mahir memandu kenderaan tersebut.

    Saya sudah tahu kakak akan mendapat keputusan yang cemerlang.

    Jadi saya belikan dia kereta sebagai hadiah.

    Cuma, dia masih belum pandai memandu dan belum ada lesen.

    Nak buat ‘recheck’

    Berkongsi lanjut, Zahara berjaya meraih keputusan cemerlang dengan 8A dan 1B+, termasuk pencapaian membanggakan dalam subjek Matematik Tambahan apabila memperoleh gred A hasil mengikuti tuisyen bersama PTTI Group.

    Dalam pada itu, Madammu turut menggalakkan ibu bapa untuk mempertimbangkan pusat tuisyen tersebut berikutan keberkesanannya dalam membantu pelajar.

    Tambahnya lagi, anaknya sebelum ini hampir membuat keputusan untuk menggugurkan subjek berkenaan.

    Alhamdulillah, Zahara dapat 8A 1B+.

    Yang paling penting, dia dapat A untuk subjek Matematik Tambahan, itu pun sebab dia pergi tuisyen dengan PTTI.

    Dulu dia hampir nak drop subjek itu.

    Jadi, saya sangat menggalakkan ibu bapa untuk hantar anak-anak ke PTTI sebab hasilnya bagus.

    Dalam masa sama, Madammu memaklumkan bahawa dia bercadang untuk membuat semakan semula bagi subjek yang memperoleh gred B+, khususnya Fizik.

    Hal ini kerana Zahara sebelum ini konsisten meraih A+, termasuk dalam peperiksaan percubaan.

    Saya bercadang untuk buat recheck bagi subjek yang mendapat gred B+.

    Kalau ada rezeki, adalah peningkatannya, kalau tidak, saya reda sahaja.

    Cuma peliknya, subjek Fizik yang biasanya dia mendapat A+, kali ini turun ke B+.

    Sedangkan dalam peperiksaan percubaan pun dia dapat A.

    Sebenarnya, pada hari keputusan diumumkan, subjek yang paling saya risaukan hanyalah Bahasa Melayu.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Saya Belikan Dia Kereta Sebagai Hadiah’ – Anak Madammu Raih 8A 1B+ Dalam SPM first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah