Susulan ramai pihak yang salah faham mengenai kenyataan tentang luahan perasaan sebagai seorang ibu, pelakon Uqasha Senrose tampil membuat penjelasan.
Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Syukur Ibu & Nelydia Jadi Orang Pertama Bantu Urus Hawra Uqaira
Artikel Berkaitan: Kecoh Dakwaan ‘Unfollow’ Kamal Adli Di Instagram, Kapsyen Uqasha Senrose Curi Perhatian – ‘She Can Survive Without You’
‘Burn out’

Menerusi ruangan komen pada salah satu hantaran di Instagram, Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen menegaskan bahawa tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dia keletihan kerena menjaga anak adalah tidak benar.
Sebaliknya, Uqasha berasa sebak setiap kali meninggalkan anak, namun tidak pernah berasa terbeban sepanjang membesarkan puteri tercintanya itu.
Saya meluahkan rasa rindu dekat anak. Ya Allah, kenapa orang cakap saya burn out jaga anak?
Saya burn out kerana saya perlu tinggalkan anak dan pergi kerja. Melihat dia menangis ketika saya keluar dari rumah membuatkan saya rasa berat hati.
Menurut Uqasha, dia tidak dapat menanggung rasa rindu yang mendalam terhadap anaknya berikutan terpaksa ditinggalkan kerana komitmen kerja.
Saya siap mention, kalau ada satu hari cuti pun saya akan ketepikan perkara lain untuk luangkan masa dengan anak.
Sikit pun tak keluar dari mulut saya penat dan burn out jaga anak.
Saya burn out sebab saya ingat saya boleh kerja dan tinggalkan anak sekejap, tapi saya tak boleh.
Sebelum ini, nama Uqasha dan suami, Kamal Adli menjadi bualan warganet apabila didakwa saling tidak mengikuti (unfollow) di Instagram (IG).
Apa yang menjadi lebih hangat apabila Uqasha memuat naik satu hantaran berbentuk luahan hati yang dipercayai menggambarkan kekecewaan terhadap seseorang yang disayangi.
Terdahulu, Uqasha dan Kamal bernikah pada 5 November 2021 dalam satu majlis pernikahan tertutup di Janda Baik, Pahang.
Pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.
Sumber: IG Uqasha Senrose
The post ‘Sikit Pun Tak Pernah Keluar Dari Mulut Saya Penat & Burn Out Jaga Anak’ – Uqasha Senrose first appeared on OHBULAN!.





