
Pelawak Shuk Sahar mendedahkan dirinya disekat di semua platfrom dan tidak dapat berkomunikasi dengan isterinya, Fara Salleh sejak dua minggu.
Failkan cerai

Menjawab mengenai isu penceraian, Shuk atau nama sebenarnya Muhammad Shukri Mohamed Sahar, 39, enggan mengulas lanjut dan sedang menunggu tarikh sebutan kes.
Tambahnya, dia enggan mengeruhkan lagi keadaan.
Tiada apa-apa komen fasal cerai, saya serahkan semua pada Fara sebab sekarang dia sedang mengandung.
Saya hormat perkara itu, jadi biarlah saya mencari rezeki di Singapura.
Saya cuba cari dia di hospital tapi nombor saya disekat di seluruh platform, jadi sekarang tak dapat nak berkomunikasi dengan dia, kali terakhir dua minggu lepas sebelum masuk bulan Ramadan.
Shuk berkata demikian ketika ditemui , pada karnival beli belah Celebfest Ramadan yang berlangsung di Suntec, Singapura pada Jumaat.
Fokus cari rezeki

Berkongsi lebih lanjut, pelawak berusia 39 tahun itu memilih untuk fokus pada perniagaan yang sedang berjalan di Singapura.
Saya tetap dengan pendirian tidak mahu berkongsi perihal rumah tangga.
Sebab saya di Singapura memang niat nak bekerja dan serahkan segalanya kepada Allah.
Dalam pada itu, Shuk menafikan dakwaan yang mendakwa dia mengeluarkan kenyataan tentang isteri membebankan.
Saya bersumpah di bulan Ramadan ini yang saya tak pernah keluarkan kenyataan isteri beban, rakan-rakan punca rezeki.
Malah saya tak tahu perkara itu keluar daripada mulut siapa.
Imbas kembali, Fara mendakwa Shuk sebagai suami yang tidak bertanggungjawab dan sering kali mengutamakan rakan-rakannya.
Untuk rekod, Shuk dan Fara sah bergelar suami isteri pada November 2023. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6.





