Seorang individu yang dipercayai rakan kepada Shuk Sahar iaitu Raje Ridzuan Khai tampil mempertahankan selepas menerima pelbagai tomahan daripada isteri pelawak itu, Fara Salleh.
Artikel Berkaitan: Shuk Sahar Berang Fara Salleh Petik Nama Ibu Bapa, Tunjuk Bukti Transaksi Nafkah – ‘Jangan Main Gila Dengan Aku’
Artikel Berkaitan: Fara Salleh Mohon Shuk Bertanggungjawab, Kesal Nada Diazan & Iqamat Selepas Lima Hari – ‘Ini Bukan Anak Haram’
Isu azan

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Ridzuan menegaskan bahawa Fara tidak sepatutnya memperbesarkan isu anaknya lambat diazan dan diiqamatkan.
Isu azankan budak baru lahir tak wajib pun Fara.
Tak buat tak dosa, buat dapat pahala. Tak perlu nak gembar gemburkan isu azan itu.
Shuk berniaga

Tambah Ridzuan lagi, ketika hari bayi itu dilahirkan Shuk tidak mengetahuinya dan sedang berada di Sarawak untuk menjalankan perniagaan.
Macam yang kau cakap, kau sebagai ibu yang mengandung pun tak tahu bila nak melahirkan, apa lagi bapanya yang tak mengandungkan anak itu.
Kenapa waktu masuk hospital sejam dua kemudian tak hubungi Shuk? Atau selepas bersalin.
Kenapa tak telefon beritahu anak sudah lahir?
Shuk tengah berniaga di Sarawak, kalau dia tahu anak dia akan lahir, aku rasa dia pun tak akan berniaga.
Terdahulu, Fara memaklumkan bahawa dia telah selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Elaine Nada pada 26 Jun lalu.
Sekadar info, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023.
Shuk juga pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Nur Qurratu Ain, dan Nur Assyifatu Aimi.
Sumber: IG Raje Ridzuan Khai
The post ‘Shuk Sahar Ada Di Sarawak, Kalau Tahu Anak Akan Lahir Saya Rasa Dia Takkan Berniaga Di Sana’ – Rakan first appeared on OHBULAN!.





