29.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ULASAN | Membandingkan penyatuan ummah Hadi dan Asri

    Shopee Sale

    ULASAN | Bermula di Johor hinggalah ke Negeri Sembilan, gagasan ‘Penyatuan Ummah atau Melayu’ dikumandangkan mencanak-canak.

    Sebelum ini istilah ini tidak wujud memandangkan rakan sebelah pihak dalam penyatuan ini iaitu Umno tidak rela duduk dibawah penyatuan. Ketika itu Umno lebih selesa dan mewah duduk dibawah Kerajaan Perpaduan.

    Layanan istimewa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim lebih dari layanan Umno di dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) 33 bulan dahulu menyebabkan Umno hanyut dalam keselesaan dan kemewahan sehingga meminggirkan gagasan Penyatuan Ummah ini.

    Namun Umno tetap Umno, yang dahagakan dominasi kuasa. Mereka engga berkongsi kuasa lagi setelah ditumbangkan secara demokrasi pada tahun 2018. Usaha mereka mahu memerintah bak seakan Malaysia diperintah oleh Umno lebih 60 tahun dahulu.

    Dengan kedudukan itu, barulah Umno selesa dan benar-benar memerintah. Justeru apabila Johor hampir tamat tempoh penggal ke-15, Umno terpaksa melanggar rakan kerajaan perpaduannya.

    Malah krisis adat di Negeri Sembilan mendorong Umno melaksanakan langkah menikam kerajaan perpaduan Negeri Sembilan demi memastikan mereka yang mendominasi pemerintahan Negeri Sembilan.

    Tulen atau kehendak politik?

    Bertembunglah semula Pakatan Harapan (PH) yang sangat sayangkan Umno dengan Umno dan BN. Di situlah gagasan penyatuan Ummah sekali lagi muncul setelah berkali-kali gagal. PAS yang sebelum ini melemahkan Muafakat Nasional 1.0 kerana mula lebih sayangkan Bersatu berbanding Umno telah membawa semula naratif ini lebih laju supaya UMNO dan PAS kembali bersatu.

    Dengan masalah teknikal, penyatuan ini gagal di Johor tetapi berjaya memahkotakan Umno-BN dengan kemenangan mutlak.

    Sekarang penyatuan masih bersilat di Negeri Sembilan hingga 1 Ogos ini. Dari situ akan kelihatan bahawa apakah penyatuan ini benar-benar berhasil atau tidak? Hasilnya nanti biarlah masa yang menentukan, tetapi apakah penyatuan ini benar-benar jujur, benar-benar tulen demi Islam dan orang melayu seperti yang mereka canangkan hari-hari?

    Sebenarnya PAS pernah bersatu dengan Umno satu ketika dahulu. Melalui kerajaan campuran Perikatan-PAS ia mewujudkan sebuah agenda penyatuan di peringkat nasional.

    Presiden Umno Abdul Razak dan Presiden PAS Asri Muda menjadi tonggak kepada penyatuan besar ini di samping MIC dan MCA parti komponen Perikatan dan GERAKAN, PPP dan part-parti tempatan Sabah Sarawak. Dengan membandingkan kedua-dua penyatuan ini kita boleh menilai sama ada penyatuan yang digagaskan oleh Presiden PAS terkini, Abdul Hadi Awang benar-benar tulen atau kehendak politik semata-mata.

    Ketika PAS bersama Perikatan duduk dalam sebuah kerajaan, kerjasama mereka lebih bertunjangkan akan penyatuan negara. Erti kata lain, meskipun yang bersatu itu Melayu dengan Melayu, agenda besar mereka adalah membangunkan negara. Jelas sekali pemikiran Razak dan Asri melihat akan pembangunan negara itu akan sekaligus membangunkan bangsa Melayu sendiri.

    Naratif yang dibawa oleh kerajaan campuran ini tidak membawa agenda Melayu yang keterlaluan sehingga mengganggu penduduk bukan Melayu. Malah individu yang bersikap keterlaluan dalam menyentuh kaum dan agama akan ditolak mentah-mentah oleh kepimpinan.

    Razak dan Asri tidak menggunakan naratif kaum atau memancing konsep ketuanan untuk memiliki pengaruh dan sokongan kerana mereka percaya akan kewibawaan, kejujuran dan impian mereka akan mendatangkan sokongan rakyat kepada mereka sendiri.

    Naratif permusuhan

    Sinergi antara Razak dan Asri tidak menyebabkan V.Manickavasagam, Lim Chong Eu, Tan Siew Sin, S.P Seenivasagam dan pemimpin tempatan Sabah serta Sarawak rasa tidak selesa atau terancam. Nada mereka menyatukan, bukan memecah-belahkan.

    MENARIK:  Isu KK Mart: PM ingatkan jangan ambil tindakan sendiri

    Ucapan mereka meyakinkan akan Malaysia lebih maju bukan Malaysia yang lebih mundur. Pun begitu, pemimpin hari ini yang mahu melihat penyatuan ummah itu wajar menggunakan naratif permusuhan, pecah-belah dan melemahkan masyarakat.

    Buktiknya pemimpin MIC dan MCA tidak berapa selesa dengan gelagat Hadi dan pemimpin popular mereka Sanusi Muhammad Nor.

    Satu yang jelas, apabila memasuki Pilihan Raya Umum 1974, Asri membuktikan keikhlasannya demi Melayu Islam dengan bersetuju agar BN ditubuhkan. PAS tidak akan sesekali membubarkan partinya untuk menyertai Umno.

    Asri Muda

    Maka usaha yang paling relevan dan berkesan adalah dengan duduk dalam satu gabungan dengan Umno. Itu lebih memperlihatkan kebesaran jiwa pemimpin Melayu untuk melihat Melayu bersatu.

    Sebaliknya, apa yang berlaku hari ini, PAS masih duduk di bawah payung Perikatan Nasional yang dirampas oleh Bersatu dan BN masih kekal dengan BN. Penyatuan mereka tidak seikhlas penyatuan Asri. Mereka menjaja yang mereka bersatu tetapi saling terpisah.

    Mengapa PAS tidak mahu menaja sebuah penyatuan di bawah payung baru? Bukankah lebih baik, lebih jelas dan lebih terbukti apabila PAS dan Umno duduk dalam satu payung yang sama atas jalur politik seperti apa yang dibuat oleh Asri dan Razak?

    Semua ini sukar berlaku memandangkan PAS sedang berada di posisi paling menonjol sebagai rumah politik Melayu. Undi yang mereka dapat hasil penolakan undi Melayu kepada Umno. Jika PAS bergabung dengan Umno dalam satu payung, undi yang PAS peroleh akan dicuri semula oleh Umno memandangkan sasaran pengundi mereka adalah sama.

    Di sini mereka sedar akan soal penggabungan antara Umno dan PAS perlu disusun secara cermat. Penting bagi mereka untuk memastikan undi yang mereka dapat akan kekal dan penyatuan PAS -  Umno menjadi jambatan untuk mereka ke Putrajaya(tanpa Anwar Ibrahim).  

    Abdul Hadi Awang

    Selepas kerjasama PAS dan Perikatan dibentuk, PAS tanpa berlengah melantik beberapa pemimpin Umno di Kelantan sebagai exco. Asri mengarahkan langkah itu bagi mewujudkan kerjasama yang benar-benar ikhlas dan erat. Selepas BN ditubuhkan, beberapa pimpinan PAS di Kedah dan Terengganu dilantik sebagai exco. Malah PAS buat kali pertamanya menyertai Kabinet Malaysia.

    Ini satu lagi indikator yang boleh dilihat bahawa penyatuan Asri adalah tulen. Sebaliknya apa yang berlaku hari ini, PAS masih tidak mahu memberikan sedikit pun ruang kepada wakil Umno di Kelantan untuk menjadi sebahagian daripada anggota pentadbiran negeri.

    PAS memilih untuk tidak memberi ruang walau seinci kepada Umno untuk mentadbir Kelantan mungkin atas faktor yang mampu menggugat penguasaan PAS di Kelantan.

    Berbeza dengan Asri yang membenarkan wakil-wakil Umno dalam pemerintahan PAS. Ini membuktikan bahawa penyatuan ummah Asri mahu meredakan ketegangan politik antara Melayu dengan Melayu.

    Sebaliknya PAS pimpinan Hadi tidak berdaya ke arah Melayu bersatu secara menyeluruh tetapi menggunakan gagasan penyatuan untuk kepentingan politik masing-masing sahaja.

    Oleh itu dapat dilihat dengan jelas bahawa penyatuan ummah tajaan Hadi tidak tulen dari sudut memberdayakan orang melayu apalagi mahu memajukan negara.

    Banyak kekurangan atau percanggahan antara penyatuan Hadi dan penyatuan Asri sedangkan penyatuan Asri terbukti mampu memulihkan kedudukan bangsa Melayu, membawa nilai Islam dalam pentadbiran serta mengangkat BN sebagai gagasan kemajuan negara ketika itu.


    ABDUL JALIL IBNU adalah pemerhati dan penulis politik.

    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah