26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shila Amzah Cari Pembantu Pembelajaran Untuk Anak Sulung – ‘Seth Alami Kesukaran Sesuaikan Diri Di Sekolah’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Shila Amzah sedang mencari ‘shadow aide’ atau pembantu pembelajaran untuk anak sulungnya, Seth Uwais yang baru sahaja memulakan persekolahan tahun satu, dua minggu lalu.

    Artikel Berkaitan: Sengketa Sudah Berakhir, Fauziah Sarman Kongsi Foto Hadir Ke Majlis Akikah Anak Shila Amzah

    Artikel Berkaitan: Shila Amzah Dedah Titik Terendah Dalam Hidup Ketika Insiden Lari Rumah – ‘Saya Cuba Selamatkan Diri’

    Cari pembantu pembelajaran

    Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, berkata, anaknya yang menghidap autisme itu masih dalam proses menyesuaikan diri dengan rutin serta persekitaran baru di sekolah.

    Kata penyanyi berusia 36 tahun itu, individu yang ingin memohon mestilah bersedia untuk bekerja di Putrajaya, kerana Seth bersekolah di kawasan tersebut.

    Saya sedang mencari shadow aide (pembantu pembelajaran) untuk anak saya (Seth) yang autistik, dengan segera. Seth baru sahaja memulakan persekolahan tahun 1, dua minggu lalu.

    Kalau ada sesiapa yang ada cadangan atau kenalan yang boleh membantu, mohon maklumkan ya. Yang penting, individu tersebut boleh bekerja di Putrajaya, kerana Seth bersekolah di sana.

    Peranan ini sangat sesuai untuk individu yang mempunyai pengalaman mengajar atau membimbing kanak-kanak berkeperluan khas.

    Shila berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada Isnin.

    MENARIK:  Kepercayaan Bahawa Akhyar Rashid Disamun, Menerima Cedera Kepala Selepas Dipukul

    Dalam hantaran sama, pelantun lagu Patah Seribu itu menjelaskan pihak sekolah telah menyarankan agar Seth dibantu dengan pembantu khas buat sementara waktu bagi memastikan proses pembelajaran lebih lancar dan berkesan.

    Buat masa ini, Seth masih mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri di sekolah kerana persekitaran baru dan rutin baru sememangnya mencabar untuknya.

    Pihak sekolah telah mencadangkan agar kami menyediakan pembantu khas sehingga dia mampu berdikari.

    Menurut Shila lagi, di rumah Seth dilihat cukup berdikari namun perbezaan suasana menyebabkan proses penyesuaian diri menjadi agak mencabar.

    Di rumah, Seth sangat berdikari, mungkin kerana dia sudah biasa dengan persekitaran. Tapi di sekolah, lain cabarannya.

    Mempunyai anak istimewa bukanlah sesuatu yang mudah. Semoga kita semua diberi kekuatan mental, fizikal dan juga kewangan untuk terus membimbing mereka sebaik mungkin.

    Sumber: Instagram

    The post Shila Amzah Cari Pembantu Pembelajaran Untuk Anak Sulung – ‘Seth Alami Kesukaran Sesuaikan Diri Di Sekolah’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah