27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sheila Majid Terharu Mengenang 40 Tahun Perjalanan Seni, 9,000 Penonton Banjiri Axiata Arena

    Shopee Sale

    Penyanyi terkenal, Datuk Sheila Majid berjaya memukau penonton menerusi konsert ‘Sheila Majid 40 Years in Music’ anjuran Kredibiliti Altus Prohouse yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Sabtu.

    Artikel Berkaitan: ‘Tak Kejar Trend, Tapi Saya Kejar Rasa & Jiwa’ – Sheila Majid Rai 40 Tahun Dalam Industri Dengan Lagu ‘Moving On’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sheila Majid Enggan Ulas Isu Lagu Sinaran – ‘Bukan Ditujukan Kepada Saya, Tapi Syarikat Penerbitan’

    9,000 peminat banjiri stadium Axiata Arena

    Dengan kehadiran lebih 9,000 orang penonton, pelantun lagu ‘Sinaran’ menyajikan konsert berdurasi selama hampir tiga jam dengan menggamit nostalgia pencinta lagu ikoniknya.

    Pembukaan konsert ‘Sheila Majid 40 Years in Music’ ini dimulakan dengan lagu berjudul ‘Warna’, ‘Bahagia’, dan ‘Nada’.

    Sheila, atau nama lengkapnya Shaheila Abdul Majid, 60, terharu mengimbau perjalanan empat dekad dalam industri seni.

    Saya tidak pernah terfikir akan mampu melakukan apa yang saya cintai selama ini. Namun, semuanya tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan anda semua, para peminat saya.

    Terima kasih atas kasih sayang, sokongan, galakan dan kesetiaan sepanjang 40 tahun ini. Malam ini adalah parti ulang tahun kita bersama. Anda semua adalah keluarga saya.

    Peminat yang hadir pada malam konsert istimewa itu turut terhibur dengan 25 buah lagu yang dimainkan.

    1. Warna
    2. Bahagia
    3. Nada
    4. Dia
    5. Inikah Cinta
    6. Catat
    7. Embun
    8. Ratu
    9. Di Dalam Emosi Ini
    10. Medley – Gerimis Semalam, Gemilang, Relakan, Datanglah Dalam Mimpi
    11. Selamanya
    12. Antara Anyer dan Jakarta
    13. Kerinduan
    14. Kumohon
    15. Lagenda
    16. Aku Cinta Padamu
    17. Boneka
    18. Moving On
    19. Persis Kekasihku
    20. Tua Sebelum Waktunya
    21. Jatuh Cinta
    22. Fikirkan Dulu
    23. Memori
    24. Pengemis Muda
    25. Sinaran
    MENARIK:  Lelaki Ganas Serang Penduduk Kampung Dengan Pedang, Mengisap Darah Seorang Mangsa Hingga Menyebabkan Kematian

    Selain itu, anak sulung kepada penerima Anugerah Sri Wirama, Anugerah Industri Muzik ke-22 itu iaitu Kayda, turut memeriahkan malam konsert dengan persembahan istimewa berjudul ‘Boneka’.

    Antara barisan selebriti yang turut menyerikan malam penuh nostalgia itu ialah Anuar Zain, Datuk M. Nasir, Misha Omar, Ella, Jaclyn Victor serta bintang ternama dari Indonesia, Afgan.

    The post Sheila Majid Terharu Mengenang 40 Tahun Perjalanan Seni, 9,000 Penonton Banjiri Axiata Arena first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah