25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Tahniah! Malaysia Menang Tempat Kedua Miss Celebrity International 2024 Di Vietnam

    Shopee Sale



    Acara kemuncak Miss & Mister Celebrity International 2024 yang berlangsung di Kim Centre Dong Nai, Vietnam, semalam, menyaksikan peserta Miss Celebrity dari Malaysia iaitu Marsha berjaya meraih tempat kedua, Tahniah!

    Artikel berkaitan: Miss Grand International Malaysia Bawa 7 Puteri ‘Ulek Mayang’ Naik Pentas Malam Ini!

    Tahniah!

    Acara yang berlangsung pada pukul 8 malam itu menyakiskan Marsha dan Hafiz layak ke pusingan Top 15 selepas memperagakan swimsuit. Kemudian mereka perlu menggayakan busana evening gown untuk meloloskan diri ke babak selanjutnya.

    Ternyata rezeki hanya berpihak kepada Marsha sahaja apabila namanya diumumkan mara ke babak Top 5.

    Di pusingan Top 5 iaitu soal jawab, Marsha dilihat sangat konfiden ketika memberi jawapan dan sekali gus mara ke babak terakhir iaitu Top 3.

    Di pusingan terakhir pula, mereka sekali lagi diuji dengan kemahiran menjawab soalan. Kali ini, kesemua peserta diberikan soalan yang sama. Mereka perlu memberi jawapan yang terbaik untuk merebut gelaran pemenang.

    Pusingan tersebut ternyata membawa tuah kepada peserta dari Cuba iaitu Marian Pirez Sierra apabila dia dinobatkan sebagai pemenang Miss Celebrity International 2024. Tempat ketiga pula dimenangi oleh peserta dari Loas iaitu Soutdala Sylavong.

    MENARIK:  Video: Shakilla Khoriri Mengungkapkan Kehalusannya dengan Membawa Fizi Ali Bertemu Ameena Selama Empat Hari - 'Saya Ingin Bertemu Hari Ini Jika Boleh'

    Bagi kategori Mister, Jonathan Torres dari Dominican Republic dinobatkan sebagai pemenang. Manakala, Pak Papungkorn (Thailand) meraih tempat kedua dan Bryan dari (China) mendapat tempat ketiga.

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Hype Pageantry (@hype.pageantry)

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah