26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sharnaaz Ahmad Dakwa Giliran Pesakit Dipanggil Agak Lama Di Klinik – ‘Apa Doktor Buat Dalam Bilik?’

    Shopee Sale

    Pelakon, Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa kurang senang apabila mendakwa terpaksa menunggu agak lama sebelum dipanggil berjumpa doktor ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Perlukan Rasa Hormat 100% Daripada Calon Isteri’ – Sharnaaz Ahmad 

    Tunggu lama

    Menerusi hantaran di Instagram, Sharnaaz, 39, berkata, dia ke klinik berkenaan kerana mengalami masalah perut yang tidak selesa, namun terkilan apabila proses menunggu agak lama walaupun jumlah pesakit ketika itu tidak ramai.

    Saya pergi klinik kerana tidak berapa sihat, perut saya tidak sedap. Pergi klinik untuk check perut saya.

    Staff di klinik tersebut baik, tiada masalah. Cuma saya nak tanya kenapa doktor ambil masa yang lama antara seorang pesakit dengan pesakit lain.

    Sewaktu saya menunggu, depan saya ada dua orang, tapi tidak beranjak dekat setengah jam. Apa doktor buat dalam bilik? Apa yang lama sangat nak panggil pesakit.

    Saya sendiri tidak mahu lama-lama duduk di klinik, tak selesa duduk lama di situ. Kalau ada pesakit dalam bilik saya faham lah kenapa lama, ini tiada pesakit.

    Sharnaaz bagaimanapun menegaskan, teguran yang dibuat bukanlah bertujuan untuk memperlekehkan tugas seorang doktor, sebaliknya mahu melihat prosedur perkhidmatan diperbaiki demi keselesaan pesakit.

    Setidaknya perlu ada SOP yang boleh dipertimbangkan, saya cuma ingin tahu sahaja apa doktor buat. Saya sangat hormat tugas seorang doktor kerana kakak saya juga seorang doktor.

    Jangan lama sangat sidai pesakit, bahagian itu sahaja perlu diperbaiki. Jangan persulitkan kami yang sudah sulit (tidak sihat).

    Sumber: Instagram

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Mulut Saja Lebih Tapi Penakut’ – Harris Alif Dedah Pasangan Lawan Tarik Diri

    The post Sharnaaz Ahmad Dakwa Giliran Pesakit Dipanggil Agak Lama Di Klinik – ‘Apa Doktor Buat Dalam Bilik?’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah