28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Realiti Di Sebalik Rumah Tangga Buat Saya Trauma, Suami Lebih Takut Isteri’ – Iqram Dinzly

    Shopee Sale

    Pelakon Iqram Dinzly mendedahkan dia takut untuk berkahwin kerana kerap menyaksikan sisi gelap di sebalik kemanisan rumah tangga.

    Artikel Berkaitan: ‘Buat Apa Saya Nak Jadi Gila Macam Dulu Sebab Sekarang Ramai Dah Gila’ – Iqram Dinzly

    MENARIK:  Siti Jamumall Nafi Tagih Perhatian, Tak Pernah Buat Main Isu Anak Tertukar – ‘Mak Kot Takkan Sanggup Buat Macam Tu’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Iqram Dinzly Sifatkan Arwah Akiko Seorang Wanita Sopan, Minta Orang Ramai Henti Cetus Spekulasi – ‘Jangan Sibuk Buat Kerja Tuhan’

    Lihat realiti perkahwinan

    " data-video-id="7618986765658934546" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @borakcensored

    Trauma

    ♬ A Touching Story – Kim Sung Hwan

    Menerusi sebuah podcast Borak Censored di TikTok, pemilik nama Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, mendedahkan bahawa ramai di sekelilingnya menunjukkan bahawa walaupun sebelum tidur beromantis, pertengkaran dan perceraian boleh berlaku dengan mudah.

    Saya selalu fikir untuk takut berkahwin kerana saya dapat melihat realiti di sebalik sesebuah rumah tangga.

    Dengan apa yang saya lihat, pengalaman kehidupan kawan-kawan, saudara-mara dan adik-beradik sendiri, saya menyedari bahawa di sebalik kemanisan dan kebahagiaan yang dipaparkan, ada juga keburukan yang tersembunyi.

    Ada pasangan yang romantik sebelum tidur, tetapi apabila berlaku pergaduhan, segala kemesraan itu hilang, dan berakhir dengan perceraian.

    Perkara sebegini membuatkan saya berasa trauma dan takut untuk melangkah ke alam perkahwinan.

    Bukan mengawal, tetapi bekerjasama

    Tambah Iqram, walaupun ramai berpendapat bahawa perkahwinan mampu membawa kebahagiaan, dia tetap berasa pelik kerana kadangkala kaum lelaki kelihatan lebih lemah daripada wanita apabila berumah tangga.

    Dalam pada itu, dia berpendapat bahawa perkahwinan seharusnya bukan untuk mengawal pasangan, tetapi tentang saling bekerjasama.

    Orang selalu kata berkahwin boleh memberi kebahagiaan dalam hidup.

    Tapi bila saya perhatikan, ada perkara seperti suami perlu lapor segala hal kepada isteri, bagi saya itu bukan ciri lelaki yang sebenar.

    Saya rasa, kebanyakannya lelaki nampak lebih lemah berbanding wanita.

    Suami lebih takut dan terlalu mengikut isteri.

    Ini membuatkan saya keliru.

    Jadi saya fikir semula, bila berkahwin, adakah suami perlu tunduk pada isteri?

    Saya tidak suka perkara itu.

    Bagi saya, tiada istilah ‘mengawal’, tapi kalau bekerjasama, ya betul.

    Sehubungan itu, Iqram menegaskan bahawa dia tidak menginginkan pasangan yang bersikap ‘controller’.

    Iqram turut menitipkan pesanan kepada para suami agar sedar tanggungjawab mereka sebagai khalifah dalam rumah tangga.

    Saya reserve ruang untuk menerima peranan seorang isteri, tetapi saya tidak mahu isteri yang mengawal suami.

    Pesanan saya kepada semua suami, anda adalah seorang khalifah, sedarlah akan tanggungjawab itu.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Realiti Di Sebalik Rumah Tangga Buat Saya Trauma, Suami Lebih Takut Isteri’ – Iqram Dinzly first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah