Pelakon, Sharifah Sakinah memuji anak saudaranya, Auddra Zulkifli yang disifatkan sebagai seorang remaja berfikiran matang.
Artikel Berkaitan: Sharifah Sakinah Enggan Terlalu Tayang Wajah Suami – ‘Saya Akan Tunjuk Sekali Sekala Sahaja’
Artikel Berkaitan:
Kagum dengan Auddra

Malah, pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar turut kagum dengan Auddra yang tidak mudah melenting dengan kecaman negatif yang diberikan kepadanya di media sosial.
Saya bangga sebab dia tak kisah dengan kata-kata orang, bahkan tidak baca pun semua komen itu.
Cuma saya pesan jangan abaikan nasihat keluarga kerana kami sudah lama dalam industri, lebih berpengalaman dan sudah kena macam-macam.
Contohnya dia kena tahu bagaimana nak jawab dengan pihak media dan sebagainya. Auddra sangat beruntung sebab ada kami yang sentiasa menyokong di belakangnya.
Sakinah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media filem terbaharu lakonannya berjudul ‘Qifarah’ yang diadakan di Media Prima, Balai Berita Bangsar, pada Ahad.
Auddra ada aura tersendiri

Dalam masa yang sama, adik kepada selebriti Sharifah Shahirah berpendapat Auddra yang memiliki karakter sama sepertinya bakal menyinar dan menjadi penghibur yang hebat.
Perwatakan kami agak serupa tetapi dia lebih berani daripada saya.
Bila di atas pentas, saya nampak dia ada pesona seorang ‘superstar’ dan boleh pergi jauh.
Dulu saya jenis langgar habis semua benda tetapi dia tahu nak bawa diri dan nak cakap apa di depan kamera.
Tambah Sakinah, Auddra juga membuktikan bahawa setiap peserta yang menyertai pertandingan tidak perlu terlalu tertekan untuk mengejar kemenangan.
Pertandingan bukan sebab nak menang atau kalah tetapi berseronok.
Peserta lain nampak tertekan tetapi Auddra tunjukkan yang sebenarnya pertandingan adalah satu perkara yang menyeronokkan tanpa sebarang tekanan.
Kenapa kita perlu beri tekanan kepada gadis umur 16 tahun? Dia boleh lakukan apa sahaja di pentas dan saya mahu dia berseronok sahaja.
Terdahulu, Auddra atau mesra disapa Odah mula mencuri perhatian selepas menyertai program Talk To My Manager (TTMM).
Dalam perkembangan lain, Sakinah bakal tampil dalam filem terbaharu lakonannya berjudul Qifarah arahan Ghaz Abu Bakar yang dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 9 Oktober ini.
Filem itu turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Datuk Remy Ishak, Sharifah Sakinah, Liyana Jasmay, Vanida Imran, Namron dan Esma Daniel.
The post Sharifah Sakinah Puji Keberanian Auddra, Yakin Boleh Pergi Jauh – ‘Dia Buktikan Masuk Pertandingan Tak Perlu Stres’ first appeared on OHBULAN!.





