28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sharifah Rose dan Ezzrin Loy Masih dalam Tahap Kenal Hatikannya, Status Hubungan Dikekalkan Rahsia

    Shopee Sale



    Pelakon dan model cantik, Sharifah Rose masih belum bersedia untuk berkongsi kepada umum mengenai status hubungannya dengan aktor, Ezzrin Loy.

    Sharifah Rose enggan beri komen

    Ketika ditemui di Majlis Pelancaran Rantaian Kasih di Aidilfitri 2024 Habib Jewels di Kuala Lumpur, Sharifah Rose akui dia dan Ezzrin masih berada dalam fasa mengenali hati budi masing-masing selain meminta agar mereka diberi ruang.

    Saya takde nak komen lebih-lebih. Cuma sekarang ni pun kita masih berkawan dan kenal pun sebab pernah shooting sekali. Sebelum itu pun dah pernah berkawan so agak selesa lah berkawan dengan dia sampai sekarang.

    Bagi saya ruang dulu untuk kenal dia dulu daripada nak terus declare kepada media dan public lebih daripada kawan.

    Tambah Rose lagi, dia dan Ezzrin sudah lama mengenali antara satu sama lain tetapi mula berkawan rapat sejak tiga tahun lalu iaitu ketika mereka melakukan penggambaran bersama.

    MENARIK:  Abby Abadi Kongsi Video Badan Dah Kurus, Norman Hakim Puji – ‘Pergh Letup!’

    Apabila ditanya mengenai ciri-ciri pasangan hidup, Rose berkata dia lebih selesa untuk bersama dengan lelaki yang lebih kurang seusia dengannya.

    Sekadar info, Sharifah Rose sudah menjadi duta bagi Habib Jewels selama dua tahun berturut-turut dan pada tahun ini, dia bergandingan bersama Amyra Rosli bersama keluarganya dan Ezzanie Jasnie.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah