Mengulangi kejayaan penjualan tiket konsert malam pertama yang habis terjual dalam masa 90 minit, konsert My Chemical Romance bagi malam kedua pula secara rasminya telah habis terjual dalam tempoh beberapa jam sahaja.
Artikel Berkaitan: My Chemical Romance Kembali Gegarkan Malaysia Selepas Hampir Dua Dekad!
Artikel Berkaitan: Konsert Hari Pertama My Chemical Romance ‘Sold Out’ Dalam 90 Minit, Penganjur Umum Hari Kedua
120,000 tiket terjual

Kejayaan ini menunjukkan sejumlah 120,000 tiket berjaya dijual sekaligus mencipta rekod baharu bagi konsert yang bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.
Lebih mengharukan, kejayaan itu juga menjadikan Kuala Lumpur menjadi satu-satunya lokasi dalam Jelajah Asia Tenggara dengan dua malam persembahan berturut-turut.
Malah, ia juga mendatangkan satu rekod bagi Malaysia apabila berjaya menjadi tuan rumah dengan jumlah penonton terbesar pernah dicapai oleh My Chemical Romance di rantau ini.
Pencapaian ini turut menandakan kali pertama dalam sejarah Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi lokasi dua malam berturut-turut bagi konsert berskala besar antarabangsa.
Konsert ini turut menjadi acara muzik antarabangsa terbesar di Malaysia untuk tahun 2026, bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Hello Universe merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para peminat, rakan kerjasama dan pihak media atas sokongan luar biasa yang menjadikan detik bersejarah ini satu kejayaan.
Tiket ‘sold out’

Untuk info, kali terakhir MCR menjejakkan kaki ke Malaysia ialah pada 9 Disember 2007, ketika mereka menggegarkan Stadium Merdeka dalam konsert epik The Black Parade Tour, yang menyaksikan kehadiran lebih 10,000 peminat.
MCR ditubuhkan pada tahun 2001 oleh vokalis dan penulis lagu utama Gerard Way, MCR turut dianggotai oleh Ray Toro, Frank Iero, dan Mikey Way.
Antara lagu ikonik MCR ialah Welcome to The Black Parade, Helena, I Don’t Love You, dan I’m Not Okay (I Promise).
Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton konsert malam kedua MCR bertempat di Bukit Jalil pada 30 April dan 1 Mei 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
The post Konsert My Chemical Romance Cetus Sejarah, 120,000 Tiket ‘Sold Out’ Hanya Dalam Beberapa Jam first appeared on OHBULAN!.





