34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shahidan Izwan Terlibat Kemalangan, Syukur Isteri & Bayi Dalam Kandungan Selamat

    Shopee Sale

    Pelakon, Shahidan Izwan berkongsi pengalaman mencemaskan apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada pagi Isnin.

    Artikel Berkaitan: Nabila Razali Terlibat Kemalangan, Bumper Kereta Tercabut

    ‘Allah beri peluang’

    Berita itu dimaklumkan sendiri oleh Shahidan, 28, menerusi beberapa siri hantaran di Instagram miliknya.

    Menurut Shahidan, insiden itu benar-benar membuka matanya tentang betapa cepatnya kehidupan boleh berubah.

    Sekelip mata boleh hilang segalanya. Tapi Allah masih beri peluang. Syukur saya, isteri dan anak dalam kandungan selamat.

    Dalam pada itu, Shahidan juga meluahkan rasa lega kerana keadaan bayi dalam kandungan isterinya berada dalam keadaan baik.

    MENARIK:  Nizam Kama Terkilan Tak Dapat ‘Job’ Hanya Kerana Dianggap Bukan Artis – ‘Dah 13 Tahun Saya Berlakon’

    Menerusi perkongsian lain, aktor itu memuat naik foto bersama isterinya selepas selesai menjalani pemeriksaan kesihatan.

    Alhamdulillah, bayi dalam kandungan selamat.

    Perkongsian tersebut menerima perhatian ramai pengikut yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan syukur dan doa.

    Sumber: Instagram

    The post Shahidan Izwan Terlibat Kemalangan, Syukur Isteri & Bayi Dalam Kandungan Selamat first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah