Sedang tular di media sosial ketika ini imbasan kenangan sekitar tahun 2016, dan pelakon Mimi Lana turut tidak ketinggalan menyertai perkongsian tersebut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syafiq Kyle Dedah Mimi Lana Dah Lama Idam Nak Anak Kembar – ‘Doakan’
Throwback 2016

Menerusi hantaran di Instagram, Mimi atau nama penuhnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, berkongsi beberapa keping foto lama yang dirakam sekitar sedekad lalu, sekali gus mengundang perhatian ramai.
Apa yang lebih mencuri tumpuan, pelakon itu mendedahkan bahawa tahun 2016 merupakan detik awal pertemuannya dengan suaminya, Syafiq Kyle.
Pelakon filem The Experts itu memberitahu dia tidak menyangka pertemuan mereka berakhir dengan ikatan perkahwinan.
2016 merupakan tahun saya bertemu dengan seorang lelaki yang tidak pernah saya bayangkan suatu hari nanti akan menjadi suami saya.
Lagu yang sama sering diputarkan berulang kali ketika itu. Begitu banyak perkara telah berubah dan berkembang sepanjang 10 tahun ini. Saya benar-benar bersyukur.
Untuk rekod, Mimi dan Syafiq sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Taiping, Perak pada 14 Februari tahun lalu.
Sumber: Instagram
The post Mimi Lana Join Trend Throwback Gambar 2016 – ‘Bertemu Lelaki Yang Tak Pernah Saya Bayang Akan Jadi Suami’ first appeared on OHBULAN!.





