27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Setiap Umat Islam Wajib Tegur Saudara Seagama, Tapi Dalam Kedaan Lembut & Tidak Memalukan’ – Betty Rahmad

    Shopee Sale

    Pelakon Betty Rahmad memberikan pandangannya tentang kepentingan menegur kesalahan yang dilakukan oleh saudara seagama, supaya tidak terjerumus dalam perkara merugikan diri sendiri mahupun orang lain.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Betty Rahmad Hanya Kagumi Kecekalan Uqasha Senrose, Tak Sentuh Isu Perceraian – ‘Mungkin Ada Yang Salah Tafsir’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Betty Rahmad Kongsi Tip Istiqamah, Paksa Diri Lawan Hasutan Syaitan – ‘Kena Selalu Psiko Diri Sendiri’

    Pandangan Betty

    Menerusi perkongsian di Threads, Betty atau nama lengkapnya Norsha Rahmad Ali, mengakui sebelum ini kurang senang apabila ada yang menegur tentang dirinya.

    Dulu sebelum berhijrah dan pergi majlis ilmu, bila orang bagi teguran selalu rasa, ‘siapa dia anak tegur aku bukan ustaz atau ustazah pun. Hanya Allah yang boleh menilai dan tahu diri aku’.

    Bagaimanapun, Betty kemudian menyedari bahawa setiap Muslim perlu menegur saudara sesama Islam jika dia melakukan kesalahan yang bercanggah dengan ajaran agama, tetapi haruslah dilaksanakan dengan sopan dan beradab.

    Tapi bila selalu ke majlis ilmu, baru faham, setiap umat Islam wajib tegur saudara Islam, tak perlu tunggu jadi ustaz atau ustazah tapi dalam keadaan yang lembut dan tidak memalukan.

    Dan dulu, saya sedar je halal dan haram, tapi ego tinggi dan bisikan syaitan tetap sedapkan hati, ‘siapa dia nak tegur aku?’

    Semoga Allah lembutkan hati kita semua untuk menerima kebenaran.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan adik kepada pengarah terkenal Erma Fatima itu.

    MENARIK:  ‘Lagu Sinaran Berkumandang Merata Tempat, Arwah Johan Nawawi Dapat RM60 Je’ – Nora Ariffin

    Dalam masa yang sama, warganet menegaskan bahawa memberi teguran adalah tanggungjawab setiap Muslim demi mencegah kemungkaran.

    Sumber: Threads Betty Rahmad

    The post ‘Setiap Umat Islam Wajib Tegur Saudara Seagama, Tapi Dalam Kedaan Lembut & Tidak Memalukan’ – Betty Rahmad first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah