27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Setiap Langkah Jadikan Kita Lebih Kuat’ – Nabila Razali Kejar Cinta & Cita-Cita Di Dapur, ‘Me.N.U’ Bukan Sekadar Drama

    Shopee Sale

    Di sebalik kehangatan dapur dan cita-cita yang membara, ‘Me.N.U’ menghidangkan sebuah kisah cinta penuh inspirasi berlatarkan dunia kulinari.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Razali Akui Amira Othman Berhati-Hati Soal Jodoh – ‘Saya Yakin Dia Gembira, Muka Berseri Bila Dengan Fattah’

    Artikel Berkaitan: ‘Badan Saya, Pilihan Saya…Henti Memalukan Orang Berbadan Kurus’ – Andi Bernadee

    Dunia kulinari

    View this post on Instagram

    A post shared by Tonton MY (@tontonmy)

    Dibintangi oleh Nabila Razali dan Andi Bernadee sebagai teraju utama, drama ini menyelami perjalanan seorang wanita yang berani mempertahankan impian untuk menjadi chef, meskipun berdepan tentangan keluarga dan pelbagai cabaran hidup yang tidak terduga.

    Drama 10 episod arahan Faliq Sharif ini turut menampilkan barisan pelakon berkarisma seperti Natasya Mahyan, Puteri Awani, Ako Mustapha, Noniswara dan Azizah Mahzan. Kisah bermula apabila kerjaya Lisa (Nabila Razali) sebagai chef tergugat selepas dia cuba membela rakan sekerjanya yang dibuli.

    Namun, tekad Lisa tidak pernah goyah. Dia berusaha untuk membuka restorannya sendiri, tetapi hasrat itu terhalang apabila permohonan pinjamannya ditolak oleh Haris (Andi Bernadee), seorang pegawai bank. Pertemuan tegang itu akhirnya menjadikan mereka seperti anjing dengan kucing yang sentiasa bertelagah.

    Di sisi lain, Haris sedang merancang untuk melamar kekasihnya, Alya Nova (Puteri Awani), seorang pempengaruh media sosial terkenal. Namun rancangannya tidak kesampaian apabila satu kejadian menggugat hubungan mereka.

    MENARIK:  Remaja C*b*l Kanak-Kanak 5 Tahun Dalam Stor Masjid, Rupanya Ada Sejarah Perk*sa Ayam Jiran!

    Dari detik itu, pertengkaran antara Haris dan Lisa mula berubah menjadi dekat, membuka ruang kepada ikatan yang lebih mesra.

    Kehadiran Haris kini menambah warna dalam hidup Lisa, tetapi dengan dilema antara cinta, impian dan keluarga, yang mana satu bakal dia utamakan?

    Bukan sekadar komedi

    Mengulas mengenai wataknya, Nabila Razali berkata, ‘Me.N.U’ bukan sekadar drama romantik komedi, malah ia turut menyingkap konflik keluarga, aspirasi anak muda dan keberanian seorang wanita untuk berdiri teguh mengejar keinginannya tanpa mudah menyerah.

    Setiap langkah, walaupun kecil, memberi pengajaran dan menjadikan kita lebih kuat. Lisa terus cekal menghadapi cabaran, demi mengejar apa yang paling bermakna baginya.

    ‘Me.N.U’ menjanjikan resipi hiburan yang penuh rasa, dekat dengan realiti generasi muda yang masih mencari makna hidup. Ia hadir sebagai dorongan untuk terus melangkah dan yakin pada kemampuan diri, walaupun berliku.

    Jangan lepaskan tayangan perdana ‘Me.N.U’ bermula 11 September 2025, eksklusif hanya di Tonton!

    Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy. 

    The post ‘Setiap Langkah Jadikan Kita Lebih Kuat’ – Nabila Razali Kejar Cinta & Cita-Cita Di Dapur, ‘Me.N.U’ Bukan Sekadar Drama first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah