Pelakon Fathia Latiff berkongsi pandangan mengenai kelebihan individu yang dilahirkan dalam keluarga berada.
Fathia Latiff kongsi pandangan

Menerusi hantaran di Threads, Fathia atau nama lengkapnya Nur Fathia Abdul Latiff, 38,mengakui golongan yang mempunyai kelebihan sejak lahir lebih mudah menjalani kehidupan kerana mendapat sokongan keluarga.
Bukan sahaja dari segi kewangan malah turut mempunyai jaringan kenalan yang memudahkan mereka mendapatkan peluang pekerjaan.
Mereka yang dilahirkan dalam keluarga berada ni memang seronok. Buka-buka mata je dah ada bibik, belajar pun ibu bapa tanggung, lepas kolej tak habis belajar pun boleh sambung kerja sebab jaringan kenalan yang diorang ada.
Bagaimanapun, situasi itu berbeza bagi mereka yang perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan pekerjaan selain perlu memikirkan perancangan masa depan.
Kita ni terumbang-ambing nak cari kerja dan kena fikir tentang masa depan lagi. Kadangkala, kais pagi makan pagi je.
Komen warganet

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya berpendapat bahawa latar belakang keluarga bukanlah jaminan seseorang akan melalui kehidupan yang serba mudah. Hal ini kerana setiap individu mempunyai cabaran dan ujian tersendiri.
Dalam masa sama, mereka turut menekankan bahawa usaha merupakan antara perkara penting dalam menentukan perjalanan hidup seseorang.
Sumber: Threads
The post ‘Seronok Orang Lahir Dalam Keluarga Berada, Kita Ni Terumbang-Ambing Cari Kerja..Kais Pagi Makan Pagi’ – Fathia Latiff first appeared on OHBULAN!.





