Penganjur acara Keretapi Sarong tampil memberi penjelasan selepas menerima teguran netizen yang mendakwa acara berkenaan seolah-olah menormalisasikan budaya LGBT.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Riz Fahamkan Kekeliruan Kenyataan Menteri Agama Isu LGBT – ‘Sangat Penting Untuk Saling Menjaga Sensitiviti’
Artikel Berkaitan: ‘LGBT Tiada Tempat Di Dunia, Sudah-Sudahlah’ – PU Riz
Jangan normalisasikan LGBT!
View on Threads
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu meminta pihak penganjur supaya mengambil tindakan lebih tegas terhadap perkara tersebut pada penganjuran akan datang.
Diminta untuk hentikan budaya normalisasi LGBT di acara keretapi sarong, tahun depan sila buat teguran dan peringatan kepada pihak songsang yang budaya mereka tidak diterima di Malaysia.
Ini bukan soal agama tetapi budaya Malaysia yang tidak terima LGBT sebagai perkara yang normal.
Menjawab teguran tersebut, pihak Keretapi Sarong menegaskan bahawa mereka tidak pernah menormalisasikan sebarang budaya yang bercanggah dengan tuntutan agama serta budaya masyarakat Malaysia.
Selain itu, pihak penganjur memaklumkan bahawa garis panduan serta peraturan berkaitan acara telah dikeluarkan lebih awal kepada para peserta.
Kami tidak pernah menormalisasikan budaya yang bercanggah dari tuntutan agama dan budaya Malaysia. Tuduhan seperti ini juga mesti dihentikan.
Garis panduan, peringatan dan peraturan juga telah dikeluarkan awal lagi.
Dalam pada itu, pihak penganjur akui perkara ini merupakan satu cabaran untuk memastikan keseluruhan perjalanan acara dapat dikawal memandangkan ianya percuma dan terbuka kepada orang awam.
Cabarannya ialah acara ini acara rakyat yang percuma untuk semua orang awam. Untuk mengawal 25,000 orang kehadiran bukan sesuatu yang mudah.
Sumber: Threads @keretapisarong
The post Keretapi Sarong Jawab Dakwaan Normalisasi LGBT, Tegaskan Garis Panduan Dah Diberi Awal first appeared on OHBULAN!.





