25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Seronok Jadi Orang Berduit, Boleh Menipu & Kata Tak Tahu Apa-Apa’ – Adzrin Adzhar

    Shopee Sale

    Perkongsian terbaharu penyanyi dan guru vokal, Adzrin Adzhar yang dibuat di Instagram Story (IGs) telah menyorot perhatian ramai.

    Artikel Berkaitan: ‘Selagi Tidak Menyebut Nama Saya, Dia Selamat’ – Ogy Hairan Dikaitkan Isu Adzrin Adzhar Diherdik Pelakon Veteran

    Artikel Berkaitan: Adzrin Adzhar Dakwa Pernah Berdepan Situasi Sama Dengan Shila Amzah – ‘Dia Siap Saran Produksi Gugurkan Nama Saya’

    ‘Seronok jadi orang berduit’

    Menurut Adzrin atau nama lengkapnya Noradzrin Adzhar, adalah beruntung bagi seseorang yang berduit kerana boleh melakukan apa sahaja demi menutup kesalahan yang dilakukan.

    Sebenarnya seronok jadi orang berduit ni.

    Bila kau berduit, kau jahat, kau menindas dan kau menutup periuk nasi orang lepas itu kau boleh menipu yang kau tak tahu apa-apa.

    Dalam masa yang sama kau nak pakai peguam, kau nak ‘fight’ sebab kau ada duit, ada nama.

    Sementara itu, pelantun lagu ‘Pujaan Malaya’ turut mempersoalkan keadilan buat mereka yang tidak berkemampuan serta tidak memiliki pengaruh dan nama.

    Apa pula terjadi kepada seseorang yang ditindas yang tak ada duit dan tak ada nama?

    Jadi apa? Jadi sampah?

    Terdahulu, Adzrin, 40, meluahkan rasa kecewa selepas berdepan layanan yang dianggap menghina daripada seorang pelakon senior tanah air.

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Tak Senang Tengok Hawa Rizwana & Boss James Borak Topik ‘Tangkap Basah’ – ‘Segan Betul Tengok Betulkan Tudung’

    Menurutnya salah faham mula timbul apabila dia menjawab beberapa soalan yang diajukan secara profesional dan difahamkan insiden tersebut berlaku dalam satu sesi perbincangan produksi bersama beberapa tenaga pengajar dan pihak yang terlibat. 

    Lebih mengejutkan, Adzrin mendakwa pelakon itu bukan sahaja mempertikaikan kemampuannya sebagai tenaga pengajar, malah menggesa pihak produksi untuk menggugurkan namanya daripada sebuah program seni yang sedang dirancang.

    The post ‘Seronok Jadi Orang Berduit, Boleh Menipu & Kata Tak Tahu Apa-Apa’ – Adzrin Adzhar first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah