Pelakon Liyana Jasmay, mengakui sering diberi tawaran untuk melakonkan watak wanita kompleks dalam sesebuah nashkah.
Artikel Berkaitan: Liyana Jasmay Hasilkan ‘Terluka’ Bukan Untuk AJL – ‘Itu Bukan Gelanggang Saya, Lagu Ini Buat Peminat’
Artikel Berkaitan: Liyana Jasmay Terima Teguran PU Syed Dengan Hati Terbuka – ‘Yang Berkata Buruk Saya Maafkan’
Setiap watak unik, mencabar

Ketika ditemui , Liyana bagaimanapun tetap bersyukur kerana setiap watak yang diterima memberinya ruang dan peluang untuk mendalami karakter dan menunjukkan kemampuan lakonan.
Kadang-kadang saya tertanya juga, kenapa tak boleh panggil saya untuk watak yang cantik-cantik, jadi heroin yang sweet atau awek indie. Tapi, saya syukur sebab setiap watak yang diberikan adalah unik dan mencabar.
Kadang-kadang karakter ini kita panggil, ‘character acting’. Maksudnya, macam kita kena laburkan banyak usaha untuk watak itu. Bukan sekadar watak yang mudah atau ringkas.
Tapi bagi saya, setiap watak itu sangat istimewa. Macam kalau saya dapat watak yang ringan pun, saya akan buat watak itu jadi luar biasa. Jadi, saya sebenarnya bersyukur sahaja dengan semua watak yang saya terima.
Watak kompleks bermaksud watak dalam cerita yang tidak mudah atau satu dimensi, sebaliknya perlu digarap dengan emosi, konflik, dan sifat yang pelbagai.
Walaupun sering diberikan watak yang mencabar, Liyana percaya bahawa ia bukan kerana pelakon lain tidak mampu atau tidak mempunyai bakat tetapi lebih kepada pilihan pengarah dan rezeki seseorang anak seni.
Mungkin ada orang yang boleh buat. Macam baru-baru ni saya berlakon dengan Khayrisyah Kamal.
Mereka boleh bawakan watak seperti ini dengan baik tapi mungkin sebab nama mereka masih baharu, jarang diberikan peluang.
Sebenarnya banyak pelakon yang boleh buat, cuma kadang-kadang rezeki dan siapa yang dipanggil saja yang menentukan.
Dalam perkembangan lain, Liyana kini tampil dalam filem terbaharu berjudul Qifarah, yang turut dibintangi oleh Remy Ishak, Sharifah Sakinah, Rita Nadira, Namron, Isma Daniel dan ramai lagi.
Filem arahan pengarah Ghaz Abu Bakar itu telah ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 9 Oktober lalu.
Qifarah diterbitkan oleh Skop Productions dengan kerjasama My Way Pictures dan Astro Shaw, serta Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran rasmi.
The post Sering Dapat Watak ‘Kompleks’, Liyana Jasmay Hargai Peluang Lakonan – ‘Setiap Karakter Unik & Mencabar’ first appeared on OHBULAN!.





