29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Hanya Perlu Lima Minit Untuk Tahu Sama Ada Pasangan Itu Bahagia Atau Tidak’ – Coach Cerai

    Shopee Sale

    Individu yang dikenali sebagai Coach Cerai mendedahkan dirinya mampu menilai tahap kebahagiaan sesebuah perkahwinan dalam tempoh yang singkat.

    ‘Tak semestinya betul tapi..’

    " data-video-id="7585488017880648968" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @ikstudio.my

    “Segala galanya dalam hidup, the resisting called pattern recognition” @Cerai Coach • • • #ikstudio #podcastmalaysia #coachcerai #fyp #marriage

    ♬ original sound – ikstudio – ikstudio

    Menerusi podcast bersama IK Studio, pemilik nama Mohd Izary Muhammed Ikhbal, berkata dia hanya memerlukan sekitar lima minit sahaja untuk membuat penilaian terhadap mana-mana pasangan.

    Saya hanya perlukan lima minit. Lima minit bersama sesebuah pasangan, saya boleh beritahu sama ada perkahwinan itu akan bahagia atau tidak. Tak semestinya betul, tapi ketepatannya saya boleh katakan dalam 90 peratus.

    Ujarnya lagi, kebolehannya itu bukanlah berdasarkan ilmu ghaib atau ramalan kosong, sebaliknya ia berlandaskan pemerhatian corak tingkah laku atau pattern recognition.

    Yang 10 peratus lagi itu melibatkan kuasa yang lebih besar… itu saya kena serahkan (kepada Tuhan), saya bukan Tuhan. Tapi saya boleh nampak. Kenapa saya cakap begini? Saya bukannya menilik nasib atau sebagainya, tidak.

    Kerana dalam setiap perhubungan dan segala-galanya dalam hidup ini, wujud perkara yang dipanggil pengecaman corak (pattern recognition). Anda boleh mengecam corak tersebut.

    Dalam pada itu, Coach Cerai turut menitipkan pesanan agar orang ramai tidak mudah terpedaya dengan kebahagiaan yang dipaparkan oleh pasangan suami isteri di platform media sosial.

    Menurutnya, realiti di sebalik tabir kadangkala jauh berbeza daripada apa yang dipertontonkan kepada umum.

    Saya juga pernah lalui kes di mana si suami nampak sangat romantik di media sosial tapi di sebalik tabir, dia pukul isterinya dengan teruk, sangat ganas.

    Ada juga wanita yang menunjukkan dia sangat menyayangi suaminya, tetapi dia ada dua tiga teman lelaki di luar. Macam-macam kes ada.

    Jadi, janganlah kita percaya 100 peratus apa yang kita lihat di media sosial itu.

    Sumber: TikTok IK Studio

    The post ‘Saya Hanya Perlu Lima Minit Untuk Tahu Sama Ada Pasangan Itu Bahagia Atau Tidak’ – Coach Cerai first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah