26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Sentiasa Ingat, Kalau Rasa Kita Hebat.. Bila-Bila Masa Nikmat Boleh Ditarik’ – Ben Ali

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan, Ben Ali berpandangan bahawa setiap kejayaan yang dikecapi seseorang tidak wajar dibanggakan secara berlebihan, kerana setiap nikmat yang dimiliki boleh ditarik pada bila-bila masa.

    Artikel Berkaitan: ‘SPM Dapat 1A, Cita-Cita Nak Jadi Arkitek Terpaksa Dilupakan Sebab Keluarga Tak Mampu’ – Ben Ali

    Artikel Berkaitan: Ben Ali Kongsi Pengalaman Pernah Dihina, Diperlekeh Rakan Sekolah – ‘Semua Benda Dia Judge, Saya Terasa Kerdil’

    Nama besar boleh terduduk

    Menerusi satu perkongsian di Threads, Ben atau nama sebenarnya Nur Ali Nadzwan, 33, mendedahkan dia terbaca satu hantaran mengenai seorang penyanyi antarabangsa, iaitu Justin Bieber yang didakwa pernah berdepan dengan masalah kewangan.

    Terbaca satu posting berkaitan Justin Bieber pernah jatuh teduduk.

    Kalau nama besar macam dia pun boleh terjatuh, inikan pula kita yang bilis ini.

    Jadi sentiasalah beringat, kalau kita rasa kita ini hebat atau berjaya, bila-bila masa nikmat tersebut boleh ditarik.

    Bersedia hadapi fasa susah

    Dalam pada itu, Ben turut mengingatkan bahawa kehidupan ibarat roda yang sentiasa berputar, di mana manusia tidak selamanya berada di atas, sebaliknya perlu bersedia untuk menghadapi fasa jatuh.

    Hidup ini ibarat roda.

    Ada kalanya kita diatas, ada kala kita dibawah.

    Sentiasalah bersedia menghadapi masa-mas susah.

    Janganlah terlalu bermegah dengan kejayaan yang ada.

    Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tuduk, akan lagi dipandang tinggi.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  SAYS Lancar Nandini Mana?! – Siri Video Pengembaraan & Budaya Unik Masyarakat Dunia

    The post ‘Sentiasa Ingat, Kalau Rasa Kita Hebat.. Bila-Bila Masa Nikmat Boleh Ditarik’ – Ben Ali first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah