Sauna merupakan satu bentuk terapi yang telah diamalkan sejak beribu tahun dahulu dan masih diminati sehingga kini kerana mampu memberikan rasa relaks yang mendalam.
Artikel Berkaitan: Cara Mudah Mencerahkan Kulit Dengan Masker Tomato & Tepung Beras
Artikel Berkaitan: Khasiat Peria Katak Untuk Kesihatan & Kawalan Gula Dalam Darah
Sama seperti lakukan senaman ringan

Malah, ramai wanita yang baru bersalin turut menggunakannya sebagai salah satu cara untuk membantu tubuh kembali langsing.
Tidak kira jenis sauna atau tahap kelembapan yang digunakan, ia tetap memberikan kesan positif terhadap tubuh badan kerana jantung akan berdegup lebih laju dan saluran darah meregang, sekali gus meningkatkan aliran darah.
Proses ini menyerupai kesan senaman ringan hingga sederhana, ianya bergantung pada tempoh sesi sauna, dengan degupan jantung yang boleh meningkat antara 100 hingga 150 denyutan seminit.
Selain melegakan badan, sauna juga memberikan manfaat kepada kesihatan mental dan emosi.
Suhu panas dalam sauna merangsang pengeluaran endorfin iaitu hormon semula jadi yang menenangkan minda dan mengurangkan stres.
Kesannya bukan sahaja membuatkan fikiran menjadi lebih tenang, malah membantu menurunkan tekanan darah secara semula jadi.
Manfaat sauna juga meliputi proses detoksifikasi, setiap peluh yang dihasilkan ketika sesi sauna membantu mengeluarkan toksin seperti plumbum, tembaga, zink, nikel, merkuri, serta bahan kimia lain yang terkumpul dalam tubuh.
Proses ini juga memberi kesan positif kepada kesihatan kulit dengan membantu menyingkirkan sel kulit mati dan memastikan kulit berfungsi dengan baik.
Baik untuk jantung

Bagi individu yang menghidapi psoriasis, simptom penyakit ini akan berkurangan semasa berada dalam sauna, manakala mereka yang mengalami dermatitis atopik pula perlu lebih berhati-hati kerana haba dan peluh berlebihan boleh mencetuskan iritasi kulit.
Dari segi kesihatan jantung, sauna memberikan senaman ringan kepada organ jantung.
Peningkatan suhu badan menyebabkan degupan jantung menjadi lebih laju, manakala proses tubuh menyejukkan badan akan menurunkan kadar degupan jantung.
Dengan cara ini, jantung mendapat senaman yang sihat, membantu meningkatkan fungsi kardiovaskular dan menurunkan tekanan darah secara semula jadi.
Sauna juga terbukti meningkatkan kualiti tidur kerana pengeluaran endorfin secara perlahan selepas sesi sauna membantu menenangkan tubuh dan minda, sekaligus memudahkan tidur yang lebih nyenyak.
Bagi individu yang mengalami masalah pernafasan seperti asma, sauna mampu membantu membuka saluran pernafasan, memudahkan pengeluaran kahak, dan mengurangkan tekanan pada paru-paru.
Tidak ketinggalan, sauna turut dipercayai membantu dalam pengurusan berat badan. Semasa sesi sauna, metabolisme badan meningkat dan tubuh membakar kalori seolah-olah sedang melakukan senaman fizikal.
Kajian menunjukkan bahawa sesi sauna selama 20 minit pada suhu sekitar 76°C boleh membakar lebih daripada 500 kalori.
Sumber: Sirap Limau
The post Manfaat Sauna Untuk Kesihatan Fizikal & Mental first appeared on OHBULAN!.





