27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Selepas Menang AJL, Sahri Pernah Dipandang Sepi… Sanggup Menyanyi Tanpa Bayaran Demi Teruskan Hidup

    Shopee Sale

    Pernah mengecapi kejayaan menerusi lagu Izinku Pergi yang dinobatkan sebagai juara kategori Balada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-22, penyanyi Sahri mengakui perjalanan lebih 20 tahun dalam industri muzik bukanlah semudah yang disangka.

    Artikel Berkaitan: Pija Yasin Nasihat Ibu Tunggal Perlu Bangkit, Bijak Cari Peluang Pekerjaan – ‘Tak Boleh Cengeng’

    Tak pernah putus asa

    Bekas peserta Akademi Fantasia musim pertama (AF1) itu pernah melalui fasa sukar apabila tawaran menyanyi semakin berkurangan sehingga memaksanya mencari peluang pekerjaan di belakang tabir bagi meneruskan kelangsungan hidup.

    Bagaimanapun, situasi berkenaan tidak pernah membuatkan Sahri melupakan minatnya terhadap bidang nyanyian, sebaliknya menyimpan hasrat untuk kembali aktif selepas sekian lama memberi tumpuan kepada bidang lain.

    Orang mungkin ingat saya sudah berhenti menyanyi. Sebenarnya minat itu tidak pernah hilang. Cuma perjalanan hidup membawa saya ke arah berbeza. Sekarang saya mahu kembali kerana menyanyi tetap menjadi sebahagian daripada jiwa saya.

    Hasrat untuk kembali mewarnai industri muzik itu diterjemahkan menerusi penyertaannya dalam BANGKIT: Bakat Yang Tak Pernah Padam iaitu sebuah Kempen CSR Apresiasi Bakat Seni.

    Lagu Memori Bahagia ciptaan Adnan Abu Hassan dan Faris turut mencatat pencapaian apabila mara ke separuh akhir Muzik Muzik kategori Balada pada 2005, selain Sahri menerima pencalonan Artis Harapan pada Anugerah Industri Muzik ke-12 (AIM12).

    Di sebalik semua kejayaan yang diraih, Sahri berkata, dia berdepan pelbagai pengalaman yang menguji ketahanan mental dan semangatnya sebagai anak seni.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Seburuk Mana Pun, Saya Tetap Ayah Dia’ – Bapa Zara Zya Pilih Kunci Mulut

    Antaranya, pernah dipulaukan penonton ketika membuat persembahan, menyanyi tanpa menerima sebarang bayaran serta kehilangan nenek tersayang ketika sedang menjayakan persembahan di Kedah.

    Saya pernah menyanyi tanpa bayaran, pernah juga menerima bayaran antara RM3,000 hingga RM5,000 untuk beberapa lagu. Malah, pernah diboo ketika membuat persembahan.

    Semua itu mengajar saya bahawa menjadi penyanyi bukan hanya tentang populariti, tetapi sejauh mana kita mampu bertahan.

    Saya pernah berada di depan kamera sebagai penyanyi dan bekerja di belakang tabir untuk memastikan sesebuah program berjalan lancar.

    Pengalaman itu membuka mata saya bahawa industri hiburan sebenarnya jauh lebih besar daripada apa yang penonton lihat di televisyen.

    Bercakap mengenai perancangan selepas ini, Sahri memaklumkan sedang mempersiapkan single terbaharu yang dijangka dilancarkan sebelum Ramadan 2027.

    Menurutnya, kemunculan semula itu bukan sekadar mahu menghidupkan nostalgia peminat lama, sebaliknya menjadi peluang untuk memperkenalkan sisi muziknya yang lebih matang kepada pendengar generasi baharu.

    Penyertaan Sahri dalam kempen BANGKIT bersama penyanyi Fatin Faishal dan Pija diharap dapat membuka lebih banyak ruang kepada penggiat seni yang masih mempunyai bakat dan kemampuan untuk terus berkarya.

    The post Selepas Menang AJL, Sahri Pernah Dipandang Sepi… Sanggup Menyanyi Tanpa Bayaran Demi Teruskan Hidup first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah