34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Seburuk Mana Pun, Saya Tetap Ayah Dia’ – Bapa Zara Zya Pilih Kunci Mulut

    Shopee Sale



     

    Bapa kepada pelakon iaitu Encik Mohd Zainuddin memberikan komen terhadap kenyataan yang dikeluarkan pelakon itu terhadapnya melalui aplikasi Thread, baru-baru ini.

    ‘Tak pernah bencikan Zara’

    Menerusi temu bual bersama Melodi, Zainuddin memaklumkan dirinya tidak pernah menyimpan perasaan dendam terhadap Zara sebaliknya, sentiasa merindui pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Budi’ itu.

    Saya tak nak komen banyak, biarlah zara sendiri yang memberikan komen.

    Saya sebagai seorang ayah, tak mungkin saya begitu dendam dan benci pada anak. Saya sentiasa rindu dan sayang anak saya.

    Saya tak pernah pun sekilas ada rasa benci pada dia, terserah pada dia (Zara), biar dia yang memberikan komen dan saya akan ambil pendekatan untuk mengunci mulut.

    Dalam pada itu, lelaki berkenaan turut berpesan kepada Zara, bahawa seburuk dan seteruk mana pun dirinya, dia tetap bapa kandung kepada pelakon berkenaan.

    Tak ada apa yang saya nak katakan, cuma saya nak pesan kepada Zara, nama penuh dia adalah Zainurul Razia Mohd Zainuddin.

    Sampai ke syurga pun sayalah ayah dia dan dia tak akan dapat ayah lain.

    Seburuk mana pun ayah dia, saya tetap ayah dia. Itu saja yang saya nak pesan.

    Terdahulu, Zara mencuri perhatian apabila mengakui dirinya tidak menjalinkan hubungan yang baik bersama bapa kandungnya.

    MENARIK:  [VIDEO] Harga Dendeng Nyet Ekstra Pedas Naik RM1, Netizen Terhibur Dengan ‘Presentation’ Khairul Aming – ‘Kalau Macam Ini, Naik RM3 Pun Saya Beli’

    Dakwa Zara, bapanya itu tergamak melemparkan kata-kata hinaan dan cacian kepadanya menerusi beberapa akaun palsu yang dibuatnya di media sosial.

    Video penuh

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah