28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suami BCL Sangkal Dakwaan ‘Songlap’ Duit Syarikat Hampir RM2 Juta, Peguam Minta Buat Audit Semula

    Shopee Sale



    Sebelum ini, viral di media sosial kisah suami kepada Bunga Cintra Lestari iaitu Tiko Aryawardhana yang didakwa menyeleweng dana milik syarikat diusahakan bersama bekas isteri, Arina Winarto iaitu PT Arjuna Advaya Sanjaya (AAS) berjumlah RM1.7 juta.

    Terbaru, Tiko memohon proses audit dilakukan ke atas syarikat yang diusahakan olehnya bersama bekas isteri, Arina Winarto, sebagai langkah membersihkan semula namanya daripada dakwaan yang timbul.

    Jangan sampai data tersembunyi muncul

    Menurut peguam yang mewakili Tiko iaitu Irfan Aghasar, mendakwa anak guamnya itu tidak pernah diperiksa akauntan yang dinyatakan Arina.

    Anak guam kami belum pernah diperiksa akauntan dimaksudkan pengadu. Sebagai pengarah syarikat, kalau memang sumber datanya dari Tiko, maka seharusnya ada pengesahan daripada akauntan sama ada benar atau tidak data itu.

    Jangan sampai data tersembunyi yang muncul ke akauntan dan disajikan seolah-olah ada kerugian.

    Menurut Irfan, proses audit perlu dilakukan bersama Arina dengan diawasi polis. Langkah ini membolehkan dakwaan konon Tiko menyeleweng wang syarikat dapat terungkap.

    Kita buat satu lagi audit dengan melantik polis yang dipersetujui daripada sisi rapat pemegang saham, pengadu dan orang yang diadu. Kita duduk dan buka data sama-sama. Jadi, kita dapat sahkan apakah ada penggunaan wang oleh Tiko.

    Dari situ, kita boleh minta kes dibuka Polda (Polis Daerah) Metro Jaya atau Bareskrim.

    Ujar Irfan, dakwaan Arina bahawa Tiko menyeleweng wang syarikat adalah tidak tepat.

    Tiko tidak diberi peluang untuk menjelaskan soal perbezaan hasil laporan kewangan versinya dengan pasukan audit perusahaan.

    Sebagai ahli lembaga pengarah, adakah dia (Arina) pernah bertanya perihal laporan itu kepada Tiko atau belum? Padahal, ketika itu, mereka masih bergelar suami isteri.

    Irfan turut berkata, pihaknya sedang mengumpul data dan akan membuat laporan polis ke atas pihak yang didapati memalsukan maklumat.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Buka Kedai Hari-Hari Tapi Ada Yang Tanya Kenapa Tutup’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah