28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Selagi Mereka Tak Ganggu & Buat Perkara Yang Tidak Sepatutnya, Saya Biarkan Saja’ – Hisyam Hamid

    Shopee Sale



    Pelakon Hisyam Hamid memberitahu tidak salah sekiranya peminat meminati dirinya atau menjadikannya sebagai idola selagi ia tidak melampaui batas.

    Sudah terbiasa

    Menurut Hisyam, dia sudah terbiasa berdepan dengan peminat yang terlalu fanatik dan obses terhadap dirinya sejak menjadi anak seni.

    Memang ramai peminat termasuk yang obses dengan saya yang menghantar Direct Message (DM) di Instagram tetapi saya tidak pernah layan atau baca pun.

    Saya anggap mereka semua peminat saja. Selagi mereka tidak ganggu dan buat perkara yang tidak sepatutnya, saya biarkan saja.

    Disoal mengenai tindakan seorang peminat yang mendakwa dirinya bakal tunang pula, pelakon ‘Abang Bomba I Love You’ ini menganggap itu perkara yang tidak serius.

    Saya tak kenal pun pemilik akaun itu dan anggap dirinya peminat saja. Memang ramai yang beritahu kewujudan pemilik akaun itu yang semacam obses dengan saya. Bila kena ‘bash’ (kecam) dia dakwa adik angkat saya pula.

    Ada juga yang beritahu dia sebenarnya tidak okay dari segi mental sebab itu saya biarkan saja.

    Ditanya sama ada mahu mengambil tindakan undang-undang ataupun tidak, Hisyam secara ringkas menjawab tidak.

    Saya rasa orang boleh membuat penilaian sendiri bila tengok dia di Instagram. Kalau kita tengok peminat artis Korea pun, peminat yang obses seperti itu perkara biasa saja. Apa yang penting ia tidak jejaskan nama baik dan karier seni saya sebagai artis.

    Sebelum ini, seorang individu mendakwa dirinya adalah bakal tunang kepada Hisyam sekali gus meraih perhatian pengikut di media sosial.

    MENARIK:  [VIDEO] Bekas Suami & Keluarga Luar Rumah, Betty Banafe Penat Hadap Kes Mahkamah – ‘Jadikan Anak Umpan ..’

    Pemilik akaun itu juga memuat naik gambarnya bersama Hisyam yang sudah disunting di Instagram hingga ada pengikut yang terpedaya bahawa mereka mempunyai hubungan istimewa.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah