30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Sebelum Ini Ada Sokongan Suami, Sekarang Segalanya Perlu Buat Sendiri’ – Dr. Fie

    Shopee Sale

    Bekas isteri kepada penyanyi Ahmad Nubhan iaitu Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, mengakui bakal memikul tanggungjawab besar sebagai ibu tunggal dalam membesarkan tiga cahaya matanya.

    Artikel Berkaitan: Dr Afifah Berjaya Dapatkan Hak Jagaan Anak, Nubhan Diberi Lawatan Sebulan Dua Kali

    Artikel Berkaitan: Nubhan Tolak Tepi Sementara Isu Rumah Tangga & Dakwaan Orang Ketiga – ‘Saya Kena Fokus GV’

    Tiada sokongan

    Menurut Dr. Afifah atau lebih mesra disapa Dr. Fie, perjalanan sebagai ibu tunggal bukanlah sesuatu yang mudah, namun dia bersyukur kerana masih dikelilingi keluarga yang sentiasa memberi sokongan moral.

    Walaupun kami sudah berpisah, saya masih memikul tanggungjawab besar terhadap anak-anak. Saya masih ada sokongan kuat daripada keluarga, terutamanya kerana saya masih ada ayah.

    Jadi saya rasa memang banyak cabaran untuk menjadi seorang ibu tunggal. Tapi saya sudah banyak bersama dan bergaul dengan ramai ibu tunggal lain.

    Jadi saya rasa saya sedang belajar langkah demi langkah tentang bagaimana menguruskan keluarga sendiri. Sebelum ini kita ada sokongan daripada suami, sekarang kita perlu lakukan semuanya sendiri.

    Dr. Fie berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada Selasa selepas prosiding pengesahan lafaz cerai.

    MENARIK:  [VIDEO] Shermine Ah Moi Sering Dibanding Sebab Tak Masak, Pilih Guna Masa Untuk Cari Duit – ‘Kalau Bakal Suami Suruh, Bye-Bye’

    Dalam pada itu, Dr. Fie turut memaklumkan bahawa kerjaya profesionalnya sebagai pengamal perubatan masih berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

    Sekarang saya masih berkhidmat di klinik saya iaitu Klinik Lantara dekat Seremban.

    Tak ada gangguan lagi setakat ini tentang klinik saya. Jadi saya masih bekerja di sana, dan dalam masa sama saya juga ada juga bekerja di luar.

    Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada Selasa mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Fie selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.

    Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.

    Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

    Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

    The post ‘Sebelum Ini Ada Sokongan Suami, Sekarang Segalanya Perlu Buat Sendiri’ – Dr. Fie first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah