34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Terpaksa Tarik Mutaah, Rumah & Kereta’ – Chazynash Dakwa Terganggu Dengan Fitnah, Beri Amaran Pada Bekas Isteri & Individu Terlibat

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial dan pelakon, Chazynash tidak dapat menahan sabar apabila didakwa terganggu dengan fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya berhubung punca perceraian perkahwinan terdahulu.

    Artikel Berkaitan: Chazynash Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah – ‘Saya Ada Bukti Screenshot’

    Artikel Berkaitan: ‘Chazynash Jalankan Tanggungjawab Sebagai Bapa & Saya Bersyukur’- Fatin Morat Perjelas Isu Nafkah, Mohon Henti Spekulasi

    Ganggu emosi

    Menerusi luahan panjang di Threads, Chazynash atau nama lengkapnya Syed Fernarsh Syed Badlishah, mengakui perkara tersebut telah menjejaskan emosi dan kesihatan mentalnya.

    Menurut Chazynash, dia mendakwa pihak bekas isterinya Fatin Morat, telah mencetuskan pelbagai spekulasi negatif sehingga menjejaskan reputasi dirinya serta bakal isteri.

    Sejak bulan Mei 2025, pelbagai usaha mereka telah dilakukan untuk menjatuhkan saya.

    Fake account diwujudkan bagi menyebarkan fitnah berkenaan kecurangan, kemudian deactivate dan meninggalkan kesan buruk kepada saya dan bakal isteri.

    Sementara itu, Chazynash memaklumkan bahawa dia telah mengambil tindakan lanjut dengan membuat laporan terhadap individu-individu yang terlibat berkaitan isu bekenaan.

    Dalam nada tegas, bapa kepada tiga orang anak itu memberi amaran kepada bekas isteri serta pihak yang terlibat supaya menghentikan semua provokasi dan fitnah yang dilakukan.

    Sekiranya awak (bekas isteri) dan konco-konco awak masih terus mencari masalah, melakukan provokasi dan mencampuri kehidupan saya, saya tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan perkara sebenar berkaitan punca perceraian kita. 

    Saya tiada pilihan selain mempertahankan diri dengan menceritakan segalanya, walaupun ia akan membuka aib awak dan juga aib saya sendiri. Saya sudah terlalu penat dan ingin menghentikan permainan tidak matang ini.

    Tarikh mutaah

    Justeru, dengan penuh rasa kesal, Chazynash mengambil keputusan untuk menarik semula kemudahan yang disediakan serta pemberian mutaah terhadap bekas isterinya.

    Dengan rasa berat hati, saya ingin memaklumkan bahawa saya terpaksa menarik semula pemberian mutaah, rumah dan kereta yang sebelum ini telah saya berikan.

    Dia tidak lagi layak menerima semua itu daripada saya. Perjanjian asal adalah untuk menyelesaikan segala perkara secara baik dan tanpa mengganggu kehidupan saya, namun perjanjian tersebut telah dilanggar.

    Terdahulu, Chazynash mengesahkan telah bercerai dengan Fatin pada 23 Januari tahun lalu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.

    MENARIK:  ‘Saya Sabar Sebab Abang, Kalau Ikutkan Hati Dah Lama Tersebar Aib Awak’ – Adik Que Haidar

    Sumber: Threads

    The post ‘Saya Terpaksa Tarik Mutaah, Rumah & Kereta’ – Chazynash Dakwa Terganggu Dengan Fitnah, Beri Amaran Pada Bekas Isteri & Individu Terlibat first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah