27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Tak Pernah Bezakan Anak-Anak, Sayang Semua Sama Je’ – Abby Abadi

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi Abby Abadi, tampil memberikan penjelasan berhubung hantaran yang dimuat naik oleh anak perempuannya, Maria Danisha Hakim yang baru-baru ini mencuri perhatian netizen.

    Artikel Berkaitan: ‘Hati Menyimpan Segalanya, Takut Menjadi Beban’ – Luahan Anak Bongsu Abby Abadi & Norman Hakim Undang Perhatian

    Artikel Berkaitan: Kakak Umisya Mazlan Dedah Anak Bongsu Abby Abadi & Norman Hakim Pernah DM – ‘Dia Minta Maaf Bagi Pihak Kakak’

    Abby nafi pilih kasih

    Menerusi hantaran di Instagram miliknya, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan, 49, menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa terdapat perbezaan layanannya terhadap anak-anaknya.

    Jelas Abby kasih sayang sebagai ibu diberikan sama rata kepada semua cahaya matanya tanpa mengira pencapaian mereka.

    Saya tak pernah membezakan anak-anak. Sayang semua sama je. Baik yang kecik, besar. Semua sama. 

    Tak ada yang terlebih, tiada yang terkurang. Kalau nampak banyak cerita anak itu anak ini, kan media yang bagi berita. Saya layan saja.

    Dalam pada itu, bekas isteri kepada pelakon Norman Hakim ini turut situasi sebenar mengenai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anaknya itu bagi mengelakkan sebarang spekulasi daripada orang ramai.

    Maria Danisha okay je, setiap hari jumpa, sembang di WhatsApp. Kebetulan minggu ni mama abahnya sibuk, jadi tak adalah beria nk sambut apa-apa.

    Sehari sebelum ambil result SPM dah tanya nak pergi ambil sama-sama, Baby (Danisha) cakap tak payah, sekolah tak ada buat majlis apa-apa.

    Dia kata dia akan tengok result online. Lepas tengok result, minta izin nak keluar dengan kawan-kawan.

    Sentiasa pantau anak-anak

    View this post on Instagram

    A post shared by abbyabadi_112 (@abbyabadi_112)

    Menurut Abby, walaupun sibuk dengan perniagaan dan sebagainya tetapi sebagai ibu, dia sentiasa memantau perkembangan akademik anaknya. 

    Mamanya yang kebetulan sibuk minggu ni, tapi tahu je perkembangan result SPM dia semua cuma dia kata malu nak dikongsikan sebab tak dapat 9A.

    So okay lah Mama tak ada share. Yang dia update tu say baru tahu. Saya dah tanya tapi dia kata tak ada apa-apa.

    Banyak sangat masa melepak dalam bilik tu sampai Mama Abahnya sibuk bekerja pun dia tak tahu.

    Sumber: Instagram Abby Abadi

    MENARIK:  Nora Danish Jual Semua Kasut Tumit Tinggi Selepas Fahami Surah Al-Humazah, Tak Mahu Dihumban Ke Neraka Al-Hutamah

    The post ‘Saya Tak Pernah Bezakan Anak-Anak, Sayang Semua Sama Je’ – Abby Abadi first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah