27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Sabronzo Bimbing Suami Dalam Soal Agama – ‘Selagi Kehidupan Dipenuhi Cinta, Insya-Allah Semua Okay

    Shopee Sale

    Anggota kumpulan Dolla, Sabronzo berkongsi pengalaman hidup selepas bergelar isteri kepada Ryan Fieret, termasuk peranannya dalam membimbing suami yang juga seorang mualaf.

    Artikel Berkaitan: Tabby & Angel Kongsi Momen Sabronzo Jadi Isteri, Netizen Puji Hormati ‘Tuan Badan’

    Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Terserempak Dengan Sabronzo Dolla & DJ Dash Berlin Di Klinik Kesihatan – ‘Mereka Buat Ujian HIV’

    Agama tentang kelembutan

    Ketika ditemui , pemilik nama sebenar Wan Sabrina Wan Rusli, 30, menegaskan bahawa agama merupakan perkara yang sangat peribadi.

    Apa yang boleh saya katakan ketika ini ialah alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik, berjalan dengan lancar.

    Perkara ini merupakan satu isu peribadi dan saya juga tak nak memberikan tekanan kepada sesiapa. Agama lama dia juga menekankan tentang keamanan dan ketenangan.

    Apa yang penting ialah cara saya mengajar suami tentang Islam.

    Selagi mana kehidupan kami dipenuhi dengan kebaikan dan cinta, insya-Allah semuanya akan okay.

    Sabronzo berkata demikian ketika pelancaran single baharu bertajuk Question di The Campus Ampang pada petang Khamis.

    MENARIK:  Jom Cuba Sukan Viral – Pickleball Dengan Barisan Selebriti dan KOL

    Kehidupan selepas berkahwin

    View this post on Instagram

    A post shared by @sabronzo

    Ketika ditanya tentang kehidupan selepas berkahwin, Sabronzo mengakui dirinya kini lebih bahagia kerana memilih Ryan sebagai teman hidup.

    Alhamdulillah, kehidupan selepas berkahwin saya baik-baik sahaja. Saya gembira kerana telah menjumpai lelaki yang terbaik.

    Nak kata ada perbezaan banyak sangat selepas berkahwin, tidak juga kerana kami masing-masing memberikan fokus terhadap kerjaya kami.

    Cuma bezanya sekarang bila saya balik, saya ada teman untuk berbual. Alhamdulillah, saya bahagia.

    Pada 29 September lalu, Sabronzo memuat naik gambar majlis perkahwinannya bersama Ryan sekali gus mengesahkan khabar angin dia sudah berumah tangga.

    Majlis resepsi itu berlangsung di Bali, Indonesia pada 25 September lalu.

    The post [VIDEO] Sabronzo Bimbing Suami Dalam Soal Agama – ‘Selagi Kehidupan Dipenuhi Cinta, Insya-Allah Semua Okay first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah