29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Selesa Berkawan Dengan Zarif Ghazzi’ – Bella Dowanna Tak Mahu Terjebak Cinta Lokasi

    Shopee Sale

    Pelakon, Bella Dowanna menafikan spekulasi yang mendakwa dia mempunyai hubungan istimewa dengan aktor Zarif Ghazzi.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Dengan Bella Dowana Sebenarnya Hanya Berkawan, Tapi Kalau Ada Jodoh Tiada Masalah’ – Zarif Ghazzi

    Hanya berkawan

    Sekadar berkawan baik, Bella, 23, menjelaskan hubungan akrab antara mereka mula terjalin ketika sama-sama membintangi sebuah drama bertajuk Abang Imam Minah Skuter tahun lalu.

    Saya selesa berkawan dengan Zarif kerana sepanjang penggambaran drama itu, kami banyak menghabiskan masa bersama. Hubungan kami akrab mungkin kerana saya teraju utama dan Zarif pula hero drama itu.

    Saya dapat merasakan keserasian kami agak kuat kerana karakter saya dalam drama itu ‘gila-gila’, tetapi tidaklah sampai membawa kepada cinta lokasi.

    Bella berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single Satu Syawal nyanyian kumpulan The Fabulous Cats, baru-baru ini.

    Dalam pada itu, Bella turut menjelaskan dia dan Zarif jarang berhubung selepas penggambaran drama berkenaan tamat.

    Saya hanya kongsi video-video lawak sahaja dekat TikTok dengan Zarif. Sebolehnya saya cuba elakkan cinta lokasi kerana kita mahu bekerja lama dalam industri ini.

    Kalau apa-apa berlaku, kita mungkin akan berjumpa semula dengan orang yang sama. Jadi bagi saya ia tidak profesional jika timbul masalah.

    Ditanya mengenai caranya mengelakkan diri daripada terjebak dengan cinta lokasi, Bella berkata perkara itu bergantung kepada niat serta kekuatan diri seseorang pelakon.

    Cinta adalah perasaan yang sukar dielakkan, tetapi kita boleh cuba menahan diri. Anggaplah apa yang kita lakukan itu sebagai kerja dan niat dari awal bahawa semuanya dilakukan demi profesionalisme. Tapi semuanya bergantung pada diri sendiri juga. Kalau iman kuat, kuatlah.

    Sebelum ini, Zarif dalam satu temu bual turut menegaskan mereka hanya berkawan, namun tidak menolak takdir jika berjodohan.

    MENARIK:  Jungkook BTS Menjadi Jurumasak Di Kem Tentera

    The post ‘Saya Selesa Berkawan Dengan Zarif Ghazzi’ – Bella Dowanna Tak Mahu Terjebak Cinta Lokasi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah