Pelakon Sophia Albarakbah menyimpan hasrat untuk merasai sendiri pengalaman menyambut Hari Raya Aidilfitri di luar negara suatu hari nanti.
Artikel Berkaitan: ‘Ada Yang Menonton Melalui Aplikasi Haram, Perbuatan Itu Tidak Wajar’ – Sophia Albarakbah
Artikel Berkaitan: Sophia Albarakbah Berniaga Air Kelapa Pandan Di Bazar Ramadan
Ingin saksikan tradisi berbeza

Ketika ditemui oleh , pemilik nama Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 33, berkata dia tertarik untuk melihat kepelbagaian budaya masyarakat di negara lain dalam meraikan Aidilfitri, khususnya di negara-negara Islam.
Katanya, jika diberi peluang atau kebetulan berada di luar negara ketika musim perayaan, dia tidak menolak untuk menyaksikan sendiri bagaimana tradisi dan suasana sambutan Aidilfitri diraikan dalam konteks yang berbeza.
Saya belum pernah menyambut Hari Raya Aidilfitri di luar negara.
Tapi saya ada keinginan yang untuk merasai pengalaman itu sendiri.
Saya mahu melihat sendiri bagaimana budaya di negara lain menyambut Hari Raya, terutamanya di negara-negara Islam.
Saya tidak kisah ke mana-mana destinasi, asalkan berpeluang atau kebetulan berada di luar negara ketika musim perayaan, sebab saya memang minat untuk lihat keunikan sambutan mereka.
Sophia berkata demikian ketika ditemui pada majlis rakaman Melodi Raya di Saloma Kuala Lumpur.
The post ‘Saya Nak Lihat Budaya Negara Lain Sambut Hari Raya’ – Sophia Albarakbah first appeared on OHBULAN!.





