Pengarah filem Malaikat Malam, Nazifdin Nasrudin menjelaskan bahawa pemilihan judul filem tersebut tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan unsur keagamaan, sebaliknya sebagai simbolik dalam penceritaan.
Artikel Berkaitan: Tracie Sinidol Hampir Buta Sebelah Mata Akibat Terkena Bulu Tangkis, Trauma Main Badminton
Simbolik cerita

Nazifdin berkata, perkataan ‘malaikat’ membawa maksud metafora yang melambangkan cahaya dan harapan yang hadir dalam kehidupan dua watak utama, Azam dan Ratna yang dijayakan oleh Syafiq Kyle serta Tracie Sinidol.
Jelas Nazifdin, maksud sebenar penggunaan perkataan tersebut hanya akan difahami sepenuhnya selepas penonton menyaksikan keseluruhan jalan cerita filem berkenaan.
Penggunaan perkataan itu dalam filem ini langsung tidak menyentuh konteks agama. Ia hanyalah metafora kepada satu objek penting dalam skrip yang hanya akan difahami selepas penonton menyaksikan karya ini.
Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya penggunaan tajuk Malaikat Malam menyinggung mana-mana pihak.
Namun, saya ingin menegaskan bahawa ia digunakan dengan penuh kepekaan dan pertimbangan moral, bukannya untuk tujuan provokasi.
Nazifdin yang mesra disapa Bujoq berkata demikian ketika ditemui media pada majlis berbuka puasa di sebuah hotel di ibu negara, baru-baru ini.
Mengulas dakwaan seorang pendakwah yang mengaitkan judul tersebut dengan golongan mat rempit sehingga seolah-olah menggambarkan mereka sebagai ‘malaikat’ jika meninggal dunia, Nazifdin menyifatkan tafsiran itu tersasar daripada maksud sebenar yang ingin disampaikan.
Nazifdin yang juga penulis skrip filem Sheriff: Narko Integriti berkata, dia sengaja memilih judul yang lebih lembut dan puitis bagi memberikan kelainan kepada filem bertemakan dunia permotoran yang lazimnya sinonim dengan tajuk berunsur aksi dan keras.
Saya boleh sahaja menamakan cerita ini sebagai KL Rempit atau sebagainya, tetapi filem ini mempunyai sisi yang lebih lembut.
Malah, penonton akan melihat sendiri soal kifarah atau pembalasan di penghujung cerita. Ia bukan sekadar mengenai perlumbaan, tetapi berkisar tentang kesedaran diri dan impak daripada setiap tindakan yang diambil.
Dalam masa sama, Nazifdin mengakui tidak tertekan dengan polemik yang timbul berhubung judul filem tersebut, sebaliknya menganggap sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan kematangan sebagai pengarah muda.
Terdahulu, seorang pendakwah mempersoalkan penggunaan perkataan ‘malaikat’ sebagai tajuk filem kerana dianggap tidak selari dengan jalan cerita yang berkisarkan kehidupan mat rempit.
Selain Syafiq dan Tracie, filem Malaikat Malam terbitan Viper Studios dengan kerjasama Skop Productions itu turut Kyle, Que Haidar, Amir Nafis, Kodi Rasheed dan dijangka mula ditayangkan di pawagam pada 26 Mac ini.
The post ‘Saya Mohon Maaf Jika Tajuk Malaikat Malam Singgung Mana-Mana Pihak’ first appeared on OHBULAN!.





