Pelakon, Datuk Aaron Aziz memaklumkan akan membuat laporan polis selepas menerima satu kenyataan berunsur ancaman dan penghinaan yang ditujukan kepadanya menerusi media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Dapat Peluk & Tenangkan Anak-Anak’ – Aaron Aziz Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah
Artikel Berkaitan: ‘Saya Islam, Sokong Gaza’ – Aaron Aziz Perjelas Salah Faham Video Temu Bual
Tidak berdiam diri

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama penuh Aaron Mustapha Aziz, 49, berkata dia tidak akan berdiam diri kerana ia melibatkan maruah keluarganya.
Menurutnya, individu tersebut perlu diberikan pengajaran akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
Saya dan keluarga tidak pernah kacau orang tapi masih ada yang suka cari masalah.
Sudah buat masalah kemudian buat video minta maaf, memang tidak boleh terima.
Esok saya buat laporan polis. Pengajaran harus diajar.
Dalam pada itu, Aaron juga meminta bantuan orang ramai untuk menjejaki identiti sebenar individu tersebut.
Terdahulu, seorang individu melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan komen berunsur ancaman terhadap aktor kelahiran Singapura itu.
Sumber: Instagram
The post ‘Saya & Keluarga Tidak Pernah Kacau Orang’ – Aaron Aziz first appeared on OHBULAN!.





