Pelakon Fasha Sandha berpendapat, pendatang baharu perlu mempunyai rasa hormat terhadap pelakon senior selain menitik beratkan disiplin di dalam kerjaya mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Seronok & Terharu Rayqal Masih Anggap Saya Ibu Tirinya’ – Fasha Sandha
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fasha Sandha Dukung Anak Syurga Di Bazar Ramadan Buat Netizen Terharu – ‘Budak Tak Menipu, Mereka Rasa Keikhlasan Hati’
Hormati senior

Ketika ditemui , Fasha atau nama lengkapnya Fasha Sandha Hassan, 41, mengambil pendekatan untuk sentiasa mengekalkan hubungan yang baik dengan pelakon-pelakon senior.
Berdasarkan pengalaman saya, dahulu kami tidak terlalu terdedah dengan media sosial.
Saya berkawan baik dengan artis-artis senior berbanding dengan mereka yang sama level atau yang muda daripada saya.
Saya seronok berteman dengan mereka dan dapat menimba ilmu dengan mereka.
Alhamdulillah saya masih dapat mengekalkan hubungan baik dengan artis senior sebab tanpa mereka tiadalah kami (pelakon baharu).
Fasha berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Bersama Yayasan Nurjiwa X Inayah Beauty yang berlangsung di Ideas Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Timba ilmu
View this post on Instagram
Menurut Fasha, komitmen dan disiplin adalah perkara penting yang perlu diterapkan dalam diri seorang pelakon.
Selain itu, ibu kepada tiga orang anak ini turut menimba ilmu daripada pelakon senior untuk memperbaiki mutu lakonan sekaligus dapat menghargai pengalaman mereka.
Dari dahulu lagi saya menjaga komitmen dan disiplin, maka ia tidak akan membawa kita kepada laluan yang salah. Kita akan sentiasa diberi peluang dan sokongan oleh semua orang.
Kalau dahulu lakonan mungkin masih ‘kayu’, tetapi apabila ada disiplin dan kesungguhan ia akan membuatkan mereka memberi kita peluang.
Sebagai seorang pelakon, ilmu kena tetap terus dicari dan sehingga sekarang pun saya masih berguru iaitu dengan Fauziah Nawi. Itu juga cara saya menghargai artis senior.
Jangan buat hebat, kita kena tahu di mana kita.
Berdasarkan pemerhatian Fasha, kebanyakan pelakon baharu tidak lagi mempunyai masalah disiplin terutama di set penggambaran malah mereka dilihat serius untuk meneruskan karier sebagai anak seni.
Pada saya, sekarang ini para pelakon pun sudah tiada masalah untuk datang lewat ke set, kebanyakan mereka memang menepati waktu.
Mereka juga ada kesungguhan untuk belajar dan tiada apa yang perlu ditegur.
Sebagai senior juga kita perlu beri contoh yang baik dan jangan biar dia menunggu kita. Kena saling menghormati satu sama lain.
The post ‘Saya Kekalkan Hubungan Baik Dengan Artis Senior, Tanpa Mereka Tiadalah Yang Baru’ – Fasha Sandha first appeared on OHBULAN!.





