Penyanyi Tom menyorot perhatian ramai apabila mendakwa bahawa dia bakal bercerai dengan suaminya, Fuad Rahman.
Artikel Berkaitan: ‘Fuad Hilang Terus, Tak Sempat Say Goodbye Masa Tu’ – Tom
Tom dakwa bakal bercerai dengan Fuad

Menerusi kenyataan yang dikongsikan di Facebook, Tom atau nama lengkapnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 40, mendakwa bahawa punca keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan kecurangannya sendiri dengan lelaki lain.
Dia turut menyifatkan dirinya sebagai pihak yang bersalah dalam kemelut ini dan meminta agar orang ramai tidak lagi mencari atau mengganggunya selepas ini.
Saya dah nak bercerai dah dengan Mohamed Fuad Fuad Rahman, sebab saya yang curang dengan lelaki lain.
Aku besar punya permpuan gatal., semua salah saya. Dah jangan cari aku lagi, aku nak pergi curang sana sini lagi.
Sesiapa nak ambil tmpat saya, silakan. Kitorang dah nak cerai, rugi tak adjust sebab suami saya tak bersalah dia baik.
Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga pasangan ini sedang dilanda masalah. Namun, Tom dan Fuad menafikan perkara tersebut dan mendakwa hubungan mereka masih baik dan tiada sebarang perselisihan berlaku.
Untuk rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 26 Februari 2023 selepas mereka terlibat dalam program Gegar Vaganza musim ke-9.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Anggun Lovellia yang kini berusia 2 tahun.
Sebelum itu, Tom juga pernah berkahwin sebanyak tiga kali namun berakhir dengan perceraian. Hasil perkahwinan tersebut, dia memiliki tiga orang cahaya mata lelaki.
Sumber: Facebook Tom
The post ‘Saya Dah Nak Bercerai Dengan Fuad Sebab Curang Dengan Lelaki Lain’ – Tom first appeared on OHBULAN!.





