Penyanyi dan penulis lirik, Aiman Sidek mendedahkan dia pernah mencipta sebuah lagu khas buat pelakon dan penyanyi terkenal, Nur Fazura.
Artikel Berkaitan: ‘Selalu Tanya Cameraman Shoot Muka Siapa Paling Best, Jawapan Dia Fazura Setiap Angle Cantik’ – Tiz Zaqyah
Artikel Berkaitan: ‘Semoga Tidak Benar & Tidak Dinormalisasikan’ – Fazura
Lagu berjudul Kisah Terbaik
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Mohamad Aiman Md Sidek berkata lagu berjudul Kisah Terbaik itu dihasilkan sesuai dengan identiti muzik Fazura.
Bagaimanapun, hasrat untuk bekerjasama masih belum kesampaian apabila dia tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak pengurusan artis berkenaan.
Sejujurnya, saya buat lagu ini untuk Fazura. Lagu yang simple dan easy. Kisah Terbaik tajuknya.
Cuma tak ada apa-apa feedback daripada team mereka.
Pelantun lagu Dengan Satu Lafaz ini menganggap masih belum ada rezeki untuk mereka bekerjasama buat masa ini.
Jadi saya anggap bukan rezeki untuk bekerja dengan beliau lagi saat ini.
Mungkin lain kali, insya-Allah. Dan mungkin juga rezeki penyanyi lain untuk saya bekerjasama.
Selamat mendengar demo-nya.
Dalam perkongsian sama, Aiman turut memuat naik sedutan demo lagu tersebut untuk diperdengarkan kepada orang ramai.
Rata-rata netizen memuji melodi dan susunan lagu berkenaan yang disifatkan mempunyai aura balada moden selain sesuai dinyanyikan oleh penyanyi wanita.
Malah, ada juga yang berharap lagu Kisah Terbaik akan menjadi rezeki buat penyanyi lain sekiranya kerjasama bersama Fazura tidak kesampaian.
Sumber: Threads Aiman Sidek
The post ‘Saya Buat Lagu Untuk Fazura, Tapi Belum Ada Rezeki Kami Bekerjasama’ – Aiman Sidek first appeared on OHBULAN!.





