29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Siasatan Punca Kematian Zara Qairina Diteruskan, Mungkin Jatuh Sebab Melompat Atau Menghayunkan Badan

    Shopee Sale

    Pakar patologi Hospital Queen Elizabeth, Dr. Jessie Hiu menjelaskan kematian arwah Zara Qairina dipercayai akibat terjatuh sama ada selepas melompat dari tepi penghadang konkrit atau menghayunkan badannya ke luar.

    Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Tuntut Keadilan Buat Zara Qairina – ‘Yang Salah Tetap Salah & Perlu Dihukum’

    Artikel Berkaitan: ‘Jangan Nyatakan Justice For Zara Kalau Kamu Sendiri Pembuli’ – Allan Andersn

    Inkues Zara Qairina

    Memetik laporan Kosmo, Dr. Jessie Hiu turut membuat demonstrasi serta menunjukkan kira-kira 30 keping gambar lawatan dan lakonan semula kejadian sebagai bahan sokongan keterangannya.

    Walaupun perbezaan ketinggian antara Dr. Cheng (152cm) dan si mati adalah 2 sentimeter (Zara Qairina 154cm) tetapi Dr. Cheng senang untuk memanjat ke tepi (luar) penghadang konkrit dan berdiri di tebing konkrit itu.

    Di bahagian atas kepala ada palang besi (suspended grill) yang boleh dipegang ketika berdiri di tebing konkrit itu.

    Kalau dalam posisi duduk dan kemudiannya terjatuh, seseorang itu akan jatuh ke hadapan dan mendarat kepala dahulu sama ada di dalam longkang atau berhampiran longkang.

    Kalau dalam keadaan berdiri dan terjatuh, badan akan berpusing dan kepala akan jatuh terlebih dahulu sama ada dalam longkang atau berhampiran longkang.

    Terdapat jarak di antara kaki kiri Zara Qairina ketika ditemukan pada 16 Julai lalu dan longkang.

    Untuk berada di lokasi ia ditemukan dengan kaki mendarat dahulu, seseorang perlu melompat dari embok penghadang atau bergayut sambal memegang palang besi sebelum melonjakkan badan ke hadapan.

    Dalam pada itu, Dr. Hiu memaklumkan kecederaan paling teruk adalah pada kaki kiri kerana menjadi bahagian pertama yang menerima impak ketika jatuh.

    MENARIK:  Bab Bisnes Tak Ada Harga Bergurau, Cik Epal Kenakan Bayaran RM100K Untuk ‘Review’ Produk Di TikTok

    Selain itu, keadaan arwah setelah jatuh memperlihatkan tulang kaki kirinya patah teruk kepada beberapa bahagian kecil.

    Terdahulu, Dr Hiu menyangkal kematian arwah Zara tidak mungkin kerana ditolak dengan ketinggian tembok penghadang adalah tiga perempat tubuh remaja itu.

    Sumber: Kosmo

    The post Siasatan Punca Kematian Zara Qairina Diteruskan, Mungkin Jatuh Sebab Melompat Atau Menghayunkan Badan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah