30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya & Angel Tak Bercinta, Tiada Masa Nak Cari Awek’ – Iqie Insomniacks

    Shopee Sale

    Vokalis kumpulan Insomniacks, Iqie tampil memberi penjelasan berhubung spekulasi mengenai hubungan istimewanya dengan anggota kumpulan Dolla, Angel.

    ‘Saya dan Angel memang berkawan’

    Menjelaskan perkara itu, Iqie atau nama sebenarnya Syed Mir Iqbal Syed Adel berkata, dia dan Angel sudah lama berkawan rapat dan hubungan mereka kekal sebagai rakan baik hingga ke hari ini.

    Saya dan Angel memang berkawan sejak daripada zaman kolej dan sampai sekarang kami masih berkwan rapat.

    Tambah Iqie, dia menyifatkan hubungan persahabatannya dengan semua rakannya adalah istimewa sekaligus menegaskan bahawa dakwaan sedang bercinta dengan Angel adalah tidak benar.

    Semua hubungan dengan kawan-kawan saya adalah istimewa, bercinta itu tidak betul. Saya tiada masa nak cari ‘awek’, sangat sibuk

    Dalam nada berseloroh, Iqie turut berharap agar Angel dapat hadir ke konsert mereka yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

    Saya berharap dia datang ke konsert kami nanti.

    Terdahulu, kemesraan antara Iqie dan Angel hangat menjadi perbualan ramai dalam kalangan peminat mereka selepas dilihat saling membalas komen di media sosial.

    MENARIK:  [VIDEO] Maryam Risau Dengan Rina, Perlu Sesuaikan Diri Sebagai Muslim Di Korea Selatan

    The post ‘Saya & Angel Tak Bercinta, Tiada Masa Nak Cari Awek’ – Iqie Insomniacks first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah