Isteri kepada pelakon, Ben Amir iaitu Liana Alara menerima pelbagai komen daripada warganet selepas dia dan suami selamat mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: Ben Amir Selamat Bernikah – ‘Dengan Izin Allah Kami Disatukan’
Artikel Berkaitan: ‘Islam Sepatutnya Lemah Lembut, Bukan Menakutkan’ – Kekasih Ben Amir Hargai Nasihat Adam Corrie
‘Block’ netizen

Menerusi hantaran di TikTok, Liana berkongsi sebuah video yang memaparkan dia bersama Ben sedang berada di pantai dengan mengenakan pakaian sedondon tradisional Melayu.
Bagaimanapun, terdapat komen-komen yang negatif yang tulis pada ruangan komen hantaran tersebut.
Justeru, Liana memilih untuk menyekat akaun warganet yang melampaui batas dalam meninggalkan komen.
Menurut Liana, tindakan itu diambil demi menjaga kesihatan mentalnya daripada warganet yang tidak bertanggungjawab terhadap penulisan mereka.
Saya akan sekat semua yang negatif. Ketenangan jiwa lebih dari semuanya.
Sekadar info, menerusi sebuah hantaran di Instagram, Ben mengesahkan bahawa dia telah selamat mendirikan rumah tangga bersama Liana pada Disember tahun lalu.
Dalam perkongsian sama, Ben turut memuat naik beberapa keping foto hari bahagianya bersama Liana, namun tidak memperincikan tarikh serta butiran majlis pernikahan mereka.
Bagaimanapun, difahamkan majlis akad nikah pasangan itu berlangsung secara tertutup di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Sumber: TikTok
The post ‘Saya Akan Block Semua Yang Negatif, Ketenangan Jiwa Lebih Dari Semuanya’ – Isteri Ben Amir first appeared on OHBULAN!.





