27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sasqia Dahuri Nafi Babak Berkemban ‘Pelaris’ Filem Tafakur, Tiada Unsur Tarikan S*ksual

    Shopee Sale



    Pelakon Sasqia Dahuri memberitahu dia tidak mengenakan sebarang solekan ketika menjayakan filem terbaharu lakonannya iaitu Tafakur.

    Seni bagi pengarah

    Menerusi temu bual bersama Sasqia berkata, dia tidak kisah kelihatan buruk dalam filem tersebut asalkan penonton dapat menjiwai watak Ella dengan baik.

    Filem ini penonton akan melihat wajah saya tanpa solekan yang tebal. Saya tak kisah kelihatan buruk, asalkan watak yang dibawakan menyentuh hati penonton.

    Saya membawakan watak wanita yang mengalami masalah tekanan mental. Pada saya isu kesihatan mental ini berat dan boleh berlaku kepada sesiapa saja.

    Disoal mengenai tindakan berani melakonkan babak berkemban, Sasqia mengakui babak itu adalah sebahagian sentuhan seni daripada pengarah, Feisal Azizuddin.

    Bagi saya babak berkemban itu adalah satu seni bagi pengarah filem bebas (indie) seperti Feisal. Itu adalah pertama kali saya membawakan watak berkemban.

    Walaupun saya bertindak sebagai penerbit bersama bagi filem ini, tetapi saya ingin tegaskan babak itu bukan bertujuan untuk melariskan filem.

    Kalau kita tonton babak itu bagi saya tiada unsur tarikan seksual. Sebaliknya ingin menggambarkan perasaan kekecewaan seseorang apabila kepercayaannya dikhianati.

    Tambah Sasqia, dia menyangkal dakwaan babak berkemban yang dijayakan dalam filem tersebut bertujuan sebagai ‘pelaris’ untuk penonton ke pawagam.

    Sebelum bersetuju menjayakan babak itu, saya ada merujuk pengarah dan bertanya adakah babak ini melepasi LPF Bagi saya setiap keputusan akhir itu bergantung kepada pihak LPF dan Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia).

    Apabila dimaklumkan tiada masalah, jadi pada saya tiada masalah.

    Filem Tafakur terbitan Feisk Productions dan Stelo Infotainment ini bakal menemui penonton di pawagam mulai esok. Selain Sasqia, filem ini itu turut dibintangi Luqman Hafidz, Syazani Zikry dan Amylia Aidura.

    MENARIK:  4U2C Anjur Konsert Selepas 30 Tahun – ‘Kami Takkan Miming & Akan Menari’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah