Penyanyi antarabangsa, Harris J berharap karya islamik yang dihasilkan menjadi medium menyemai kedamaian walaupun dunia pada ketika ini dilanda krisis termasuk peperangan di Gaza.
Artikel Berkaitan: Maher Zain Kembali Dengan Konsert Asia Tenggara 2025
Harap muzik boleh bantu

Bagaimanapun ketika ditemui , Harris tidak menafikan dalam realiti kehidupan kejahatan lebih menonjol dan mengatasi mesej kebaikan yang cuba disampaikan melalui muzik.
Saya berharap, berdoa dan tentunya benar-benar menginginkan bahawa muzik dapat memberi kesan kepada segala hal yang berlaku.
Tetapi saya rasa muzik semata-mata tidak cukup kuat untuk melawan kejahatan yang berlaku. Bagi saya, itulah sebabnya wujudnya syurga dan neraka.
Harris berkata demikian di sesi promosi eksklusif sempena pelancaran album EP terbarunya yang berjudul Revival di Ruang Ruma, Petaling Jaya pada Jumaat.
Pun begitu, Harris tetap yakin bahawa Allah S.W.T itu Maha Adil dan segala perbuatan manusia akan diadili dengan sempurna di akhirat kelak.
Bagi saya, jika tiada syurga dan neraka, saya akan hilang pertimbangan.
Kalau saya tidak percaya bahawa Allah S.W.T akan menegakkan keadilan, mungkin saya sudah berada di hospital mental sekarang.
Namun, kerana kita percaya kepada-Nya, kita tahu keadilan pasti tiba.
Allah S.W.T adalah seadil-adil hakim dan orang jahat akan menerima balasan setimpal. Inilah yang membuatkan saya mampu bertahan.
Revival

Sementara itu, berkongsi mengenai albumnya, Harris berkata, Revival diterbitkan oleh Awakening Music dan ia merupakan penanda positif kembalinya dia ke arena muzik selepas beberapa tahun menyepi.
Dalam album tersebut, ia mempunyai enam buah lagu dan turut menampilkan gabungan lagu-lagu baharu dan karya ikonik yang disusun semula.
Antara lagunya ialah ‘Qalbi Fil Madinah’ yang menampilkan kerjasama dengan Maher Zain, ‘O Allah, ‘Salati’ dan ‘Always Listening’.
Lagu single utama, ‘Hayati’, turut diiringi video muzik sinematik yang diarahkan oleh Idris Kheder, seorang pengarah filem berdarah Perancis-Tunisia, dengan lokasi penggambaran yang menakjubkan di Granada, Sepanyol.
The post ‘Sampaikan Mesej Kebaikan Menerusi Muzik Saja Tidak Cukup, Sebab Itu Wujud Syurga & Neraka ‘ – Harris J first appeared on OHBULAN!.





